SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan menafikan beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari seperti dilaporkan sebuah portal pada Rabu.
Harrison memberitahu, laporan sebuah portal itu tidak benar, sebaliknya beliau kekal berada di blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Tidak betul laporan itu," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai laporan portal berkenaan.
Terdahulu, laporan portal prokerajaan itu melaporkan terdapat ura-ura lima ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan Amirudin.
Menurut portal itu, kumpulan tersebut akan diketuai oleh bekas pengerusi Bersatu Selangor yang juga ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.
Laporan itu memaklumkan, baki empat ADUN yang akan turut menyokong termasuk Harrison; ADUN Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani; ADUN Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad dan ADUN Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh.
Wakil keenam Bersatu yang turut dikatakan akan menyokong Amiruddin ialah ADUN Morib, Rosnizan Ahmad, namun beliau dikatakan belum membuat ketetapan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024

Harrison memberitahu, beliau kekal berada di blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - Gambar/ Sinar Harian

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

15 Adun Perikatan Nasional bertemu TYT Negeri Melaka petang ini
Difahamkan kesemua Adun itu akan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) tanpa nama dua Adun Bersatu.