ALOR SETAR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut caj air mentah daripada Pulau Pinang yang mendapatkan bekalan air dari Sungai Muda yang mengalir dari negeri ini.
Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (PH-Alor Mengkudu), berkata tuntutan itu adalah munasabah berikutan Kedah perlu menanggung kos penyelenggaraan sungai tersebut.
"Adalah munasabah untuk Pulau Pinang membayar caj berkenaan kepada Kedah. Kita perlu memelihara hutan (tadahan air) dan sungai juga perlu dijaga, jadi semua kos itu kita yang tanggung.
"Tetapi, saya sedar bahawa tiada peruntukan dari sudut undang-undang untuk mengenakan pertuduhan," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Beliau turut membangkitkan persoalan tentang status panel peguam dilantik kerajaan negeri tahun lalu bagi menguruskan isu tuntutan caj air mentah tersebut.
Phahrolrazi berkata tuntutan caj air mentah daripada Pulau Pinang itu wajar memandangkan rakyat Kedah sendiri terpaksa membayar bil air bagi menikmati bekalan yang turut diperoleh dari Sungai Muda.
"Rakyat Kedah sendiri perlu bayar caj air kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA)...tapi tiba-tiba orang lain ambil air tanpa bayaran, jadi apa yang berlaku kepada panel peguam (yang dilantik itu)," katanya.
Kerajaan negeri sebelum ini telah mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Muda yang mengalir dari Kedah.
Bagaimanapun, Pulau Pinang tidak melayan tuntutan itu dengan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, berkata penggunaan air oleh Pulau Pinang adalah dari sungai yang berada di kawasan sempadan negeri yang sejajar dengan hak dan undang-undang antrabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Phahrolrazi berkata tuntutan itu adalah munasabah berikutan Kedah perlu menanggung kos penyelenggaraan sungai tersebut. - Gambar fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kedah perlu lakukan melalui mahkamah, jika mahu tuntut caj air mentah - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau sendiri telah berulang kali memberi penjelasan mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung isu itu.

ADUN PH sokong Kedah tuntut caj air mentah dari Pulau Pinang
Phahrolrazi berkata tuntutan itu adalah munasabah berikutan Kedah perlu menanggung kos penyelenggaraan sungai tersebut.

Air mentah: Pulau Pinang perlu tahu beza, Kedah tetap mahu bayaran - Sanusi
Kerajaan negeri Pulau Pinang diingatkan supaya tidak mengalihkan isu tuntutan caj air mentah kepada soal pampasan yang perlu dituntut oleh kerajaan Kedah daripada kerajaan Persekutuan.

Kedah tetap harap P. Pinang bayar caj air mentah walau ada campur tangan Pusat
Kedah juga sedia ambil kira kepentingan dan keperluan Pulau Pinang dari Sungai Muda sekiranya kerajaan negeri itu sedia untuk membayar caj air mentah yang dituntut.

"Kedah tidak gentar dengan tindakan mahkamah oleh P. Pinang" - Menteri Besar
Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya mencampuri urusan 'rumah tangga' Kedah, kata Muhammad Sanusi.

LSANK selesai perinci maklumat, bantu Kedah tuntut caj air mentah dari P. Pinang - Menteri Besar
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selesai perinci maklumat kebergantungan Pulau Pinang terhadap sumber air dari negeri Jelapang Padi itu.

Isu air mentah: Rundingan dengan Pulau Pinang akan dilakukan segera - Sanusi
Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau mengarahkan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan agensi berkaitan untuk berbuat demikian.

Caj air mentah: Pulau Pinang tunggu tindakan lanjut dari Kedah
Setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi antara kerajaan Kedah dan Pulau Pinang sejak isu tersebut dibangkitkan.

Caj air mentah: Bincang dulu, jangan tolak mentah-mentah - Sanusi beritahu Ramasamy
Sanusi harap kemelut berkaitan caj bekalan air mentah antara Kedah dan Pulau Pinang dapat diselesaikan menerusi meja rundingan dalam masa terdekat.

Caj air mentah: Pulau Pinang tidak akan bayar walau satu sen pada Kedah - Ramasamy
Tiada sebab untuk Pulau Pinang membayar atau memberi sumbangan kepada Kedah bagi bekalan air mentah.