Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham Cheong Chee Khing menyifatkan dakwaan yang dikenakan terhadapnya mengenai pembayaran juri pertandingan karaoke sebagai tidak berasas dan berat sebelah.
Katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, beliau kesal kerana laporan polis dibuat terhadapnya selain beliau tidak dirujuk sebelum satu sidang media diadakan semalam.
Cheong tidak menafikan mengenai penyertaan individu bernama Lee Toh Chee @ Lee Wah, 77, sebagai salah seorang juri pertandingan itu dalam satu konsert amal pada September.
Bagaimanapun, katanya, dakwaan guru muzik itu, yang mengatakan Cheong enggan membuat pembayaran kepada juri ketika ditemui di pejabatnya, adalah tidak benar sama sekali.
“Dia datang kepada saya di pejabat dan menuntut wang pembayaran, sedangkan saya sebenarnya membayar semua juri dan individu yang membuat persembahan menggunakan wang peribadi saya.
“Saya tidak boleh sesuka hati menggunakan wang di Pusat Khidmat DUN kerana duit itu daripada rakyat," katanya sambil menambah, beliau telah membuat pembayaran RM300 kepada juri terbabit secara dalam talian pada 16 November.
Pada satu sidang media semalam, Lee Wah mendakwa diugut dan digertak seorang wakil rakyat Perak berkaitan bayaran perkhidmatan juri pertandingan karaoke yang gagal dilunaskan sebanyak RM600.
Dalam laporan polisnya, dia mendakwa telah pergi berjumpa ADUN tersebut untuk meminta bayaran tetapi keadaan menjadi buruk apabila dia dimaki dan dimarahi wakil rakyat itu dan pembantu khasnya.
Bagaimanapun, Cheong menjelaskan, sebelum pertandingan berlangsung, pihaknya meminta Lee Wah mencari 40 peserta bagi memenuhi kuota selain berjanji secara lisan akan membayar RM200 setiap juri.
"Tetapi, hanya 17 peserta sahaja yang menyertai pertandingan itu sekali gus menunjukkan Lee Wah gagal memenuhi perjanjian awal kami.
"Justeru, kami telah meminta budi baik pihaknya untuk menetapkan semula bayaran kepada RM100 setiap seorang berbanding RM200 sebelum ini," katanya.
Cheong berkata, beliau kesal dengan tindakan Lee Wah yang tidak memaklumkan kepadanya mengenai perasaan tidak puas hati itu, sebaliknya mengambil tindakan melulu memanggil sidang media.
Dia juga menjelaskan, tidak berlaku sebarang pertelingkahan membabitkan unsur gertak atau makian seperti yang didakwa Lee Wah ketika pertemuan mereka di Pusat Khidmat DUN Bercham itu.
Sebaliknya, katanya, bendahari pertandingan karaoke memuatnaik posting berhubung kejadian itu di Facebook semata-mata kerana merasakan tindakan Lee Wah tidak professional.
Tambahnya, dia akan menghubungi peguamnya untuk memastikan perkara ini dapat dikendalikan menurut prosedur undang-undang yang betul.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Nov 28 2017
Cheong berkata, dia berasa amat kesal mengenai tindakan Lee Wah yang tidak memaklumkan kepadanya mengenai perasaan tidak puas hati itu, sebaliknya secara melulu memanggil sidang media. Foto Twitter @CheongCheeKhing
Penyokong Trump rai perhimpunan pra-angkat sumpah
Ribuan penyokong Donald Trump menghadiri "Make America Great Again Victory Rally" di Capital One Arena pada Ahad untuk meraikan kemenangannya sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia
Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
Tebusan Israel dibebaskan, diterbangkan ke Tel Aviv
Tiga tebusan Israel yang dibebaskan dari Gaza, diterbangkan ke Tel Aviv, menggunakan helikopter pada Ahad.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di Gaza pada hari Ahad.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Polis India tahan suspek serang Saif Ali Khan
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh berusia 30 tahun, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.