ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K. Raven Kumar disahkan positif COVID-19 pada ujian calitan yang dilakukan Khamis lalu.
Sementara, tiga lagi ADUN iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan ADUN Senai, Tee Boon Tsong pula diarahkan menjalani kuarantin.
Mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, hari ini seramai 50 ADUN menghadirinya.
Menurut dua lagi ADUN yang memaklumkan tidak dapat hadir ialah bekas Perdana Menteri yang juga ADUN Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ADUN Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Suhaizan berkata, DUN Johor mewajibkan semua ADUN termasuk petugas media yang hadir ke Bangunan Sultan Ismail diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) setiap hari sehingga persidangan berakhir.
Persidangan DUN Johor bermula pada Ahad hingga Rabu ini dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi membendung penularan COVID-19.
BACA: Semua wakil rakyat Johor perlu jalani ujian RTK setiap hari sepanjang sidang DUN
Minggu lalu, media melaporkan kesemua 56 ADUN Johor wajib menjalani ujian saringan COVID-19 RTK-Antigen setiap hari ketika menghadiri Sidang DUN Johor yang bersambung semula 22 Ogos ini.
SOP itu adalah menepati apa yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan berlaku di Bangunan Sultan Ismail yang menempatkan dewan persidangan.
Astro Awani
Sun Aug 22 2021

ADUN Tenggaroh, K. Raven Kumar pula disahkan positif COVID-19 pada ujian calitan yang dilakukan Khamis lalu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ADUN Tenggaroh positif COVID-19, tiga lagi wakil rakyat diarah kuarantin
Tiga lagi ADUN iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan ADUN Senai, Tee Boon Tsong diarah menjalani kuarantin.