SHAH ALAM: AEON Bank (M) Bhd secara rasmi melancarkan bank digital pada Ahad, sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata bank itu menyasar untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh syariah yang selamat, ringkas dan inklusif seperti akaun simpanan, pelan simpanan persaraan, pelbagai pilihan pinjaman dan perkhidmatan pembayaran untuk semua rakyat Malaysia.
"Ini akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan kami secara menyeluruh. Peniagaan kami bertujuan mendekatkan kewangan kepada semua orang, membantu kami mencapai misi kami," katanya kepada pemberita selepas pelancaran awam bank digital itu di sini.
Beliau berharap dengan berbuat demikian, bank digital itu dapat melakukan analisis kewangan terperinci dan mencapai matlamat rangkuman kewangan.
Ujian beta dalam kalangan tenaga kerja syarikat itu telah berhasil, dengan lebih 1,800 penguji mengambil bahagian selama 12 minggu, katanya.
Raja Teh Maimunah berkata ujian beta itu bertujuan mengenal pasti sebarang perkara yang perlu ditambah baik dan diperbaiki.
"Kami menerima banyak maklum balas yang positif, termasuk mengenai reka bentuk keseluruhan.
"Kami tidak terburu-buru dalam melakukan ujian itu, (dan) kami (juga) melakukan ujian alfa sebelum ujian beta, susulan itu kami tahu cara untuk memastikan kestabilan platform tersebut," katanya.
Dalam kenyataan, AEON Bank menjelaskan pada masa ini bank itu menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi seperti akaun simpanan-i, Savings Pot (tabung simpanan untuk tujuan tertentu) dengan ciri pengoptimuman boleh suai, dan alat belanjawan serta banyak lagi yang akan ditawarkan pada masa terdekat.
Menurut bank itu pengguna yang mengaktifkan akaun mereka akan dapat mengakses Kad Debit-i AEON Bank x Visa maya mereka dengan serta-merta dan memohon Kad Debit-i fizikal.
Eksklusif sempena kempen pelancaran awam, pelanggan AEON Bank yang mengaktifkan akaun akan layak menerima bonus pendaftaran sebanyak 3,000 mata Aeon dan 3X mata AEON dengan transaksi menggunakan kad debit-i Aeon Bank x Visa, selain kadar keuntungan 3.88 peratus setahun.
Pelanggan yang merupakan sebahagian daripada Program Mata AEON juga akan dipautkan keahlian secara automatik dengan aplilkasi AEON Bank, yang membolehkan mereka menikmati faedah dan ganjaran tambahan apabila membuat pembayaran di cawangan dan peniaga AEON Group.
Aeon Bank dimiliki bersama AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd, kedua-duanya anak syarikat kumpulan peruncit terbesar Jepun, AEON Group.
Selain AEON Bank, konsortium yang diketuai oleh KAF Investment Bank Sdn Bhd turut memperoleh lesen bank digital Islam daripada Bank Negara Malaysia.
Tiga lagi yang memperoleh lesen perbankan digital ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd; konsortium yang diketuai oleh GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd; dan konsortium yang diterajui Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Aeon Bank (M) Berhad Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz (empat, kiri) bergambar kenangan selepas pelancaran Aeon Bank Digital di Aeon Seksyen 13, Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

AEON Bank mulakan operasi digital Islam pada suku kedua 2024
AEON Bank bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024.