KUALA LUMPUR: Set pertama Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kini dalam pembinaan di Wuhu, China, telah hampir 90 peratus siap, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata set pertama aerotrain yang mempunyai tiga kereta dan dengan reka bentuk yang ditambah baik dijangka dihantar ke Malaysia tahun depan.
"Reka bentuk untuk aerotrain adalah seperti sebelum ini iaitu tidak mempunyai tempat duduk kerana aerotrain untuk menghubungkan hanya dua terminal (terminal utama dan terminal satelit), satu jarak yang agak dekat.
"..tetapi ada sedikit tambahan dari segi kemudahan dan keluasan, ada kerusi disediakan untuk warga tua dan tingkap lebih besar dari segi reka bentuk untuk memastikan pemandangan di luar lebih baik dan cerah," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.
Video itu dirakam ketika beliau meninjau kilang pemasangan aerotrain itu yang merupakan usaha sama antara syarikat Alstom dengan China Railway Construction Corporation Limited (CCRC).
Sementara itu, Loke berharap pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dapat menyelesaikan isu kontrak agar perkhidmatan aerotrain di KLIA boleh dikembalikan pada kadar segera.
Ogos lepas, anak syarikat milik penuh MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang) telah menamatkan kontrak Pestech Technology Sdn Bhd (Pestech) untuk membekal, mereka bentuk dan pemasangan aerotrain di KLIA.
MAHB memaklumkan penamatan itu berikutan Pestech tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan, menjejaskan pencapaian penting projek dan berisiko kelewatan dalam menyiapkan projek pada tarikh akhir yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023

Loke berkata set pertama aerotrain yang mempunyai tiga kereta dan dengan reka bentuk yang ditambah baik dijangka dihantar ke Malaysia tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.

Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.

Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.

Aerotrain 90 peratus siap, MAHB diharap selesaikan isu kontrak - Loke
Set pertama Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kini dalam pembinaan di Wuhu, China, telah hampir 90 peratus siap.

Perubahan drastik KLIA Terminal 1 dalam masa tiga tahun - Loke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan mengalami perubahan drastik dalam masa tiga tahun.

Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan - Loke
Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.

Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara
Keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.

Penambahan bas 'shuttle' dan kakitangan langkah tangani isu aerotrain KLIA - Anthony
Penambahan bas shuttle dijangka mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain dengan masa perjalanan pula dalam tempoh empat minit.

Program penggantian aerotrain KLIA dimuktamadkan pada 2025 - MAHB
Program penggantian 'aerotrain' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka selesai menjelang 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).