KUALA LUMPUR: Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia dan Brunei, David E. Malcomson memberitahu Bernama, usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin, sambil menekankan kepentingan langkah undang-undang antarabangsa dalam menangani isu berkenaan.
"Dalam konteks krisis yang sedang berlaku di Gaza, terutamanya dengan serangan darat yang semakin meningkat di Rafah, adalah penting untuk kita terus mendesak campur tangan antarabangsa.
"Kami akan sentiasa kembali ke mahkamah untuk meminta langkah luar biasa bagi memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan keganasan dan kemusnahan serta membenarkan akses kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Suruhanjaya Tinggi di sini.
Mengulas lanjut, Malcomson menegaskan peranan Afrika Selatan dalam menggerakkan saluran undang-undang antarabangsa juga bertujuan memastikan pematuhan undang-undang kemanusiaan dan memupuk sokongan global.
"Semakin banyak kita membawa isu-isu ini ke ICJ dan badan-badan antarabangsa yang lain, semakin kuat tekanan ke atas Israel.
"Dengan sokongan majoriti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sokongan negara-negara seperti Malaysia dan Mesir, yang telah menyertai kes kami di ICJ, kami sedang membina satu pakatan untuk menjamin hak rakyat Palestin," katanya.
Pesuruhjaya Tinggi itu menyatakan bahawa penglibatan Afrika Selatan tidak terhad kepada tindakan undang-undang di ICJ tetapi juga melibatkan penyertaan dalam kes-kes di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan advokasi berterusan di PBB.
Pada 16 Mei, Afrika Selatan telah menggesa ICJ untuk mengambil langkah kecemasan tambahan bagi memerintahkan Israel menghentikan serangan di Rafah, kawasan seluas 64 kilometer persegi yang padat dengan lebih 1.4 juta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada serangan rejim ke atas wilayah tersebut dan memudahkan akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ini adalah permintaan ketiga untuk langkah tambahan yang dibawa oleh Afrika Selatan sejak langkah sementara awal yang diberikan oleh ICJ pada 26 Jan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Malcomson berkata, usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.

Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.