PATTANI: Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan bahawa agama bukan punca kepada keganasan di selatan Thailand.
"Keganasan yang berlaku di selatan Thailand adalah berikutan tindakan radikal segelintir individu yang mahu melakukan keganasan atas nama agama," katanya ketika perjumpaan dengan wakil-wakil penganut agama Buddha dari empat wilayah di selatan Thailand di Wat Chang Hai di Khok Pho, Pattani pada Khamis.
Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu kini dalam rangka lawatan kerja empat hari ke selatan Thailand.
Ini merupakan lawatan kerja pertama Zulkifli selepas dilantik sebagai fasilitator baharu Malaysia untuk proses dialog damai di selatan Thailand berkuatkuasa 1 Januari 2023. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.
Zulkifli berkata Malaysia sentiasa komited dalam memudahcara kerajaan Thailand dan masyarakat Patani di wilayah sempadan selatan Thailand melalui meja rundingan.
"Walaupun konflik di selatan Thailand merupakan isu dalaman Thailand namun Malaysia sebagai jiran yang mempunyai hubungan erat mahu memudah cara dan membantu menyelesaikan konflik itu," katanya.
Zulkifli menyaran semua pihak menyokong proses rundingan damai antara pihak kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang bertujuan untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan konflik.
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.
Proses itu bermula apabila Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand pada ketika meminta Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand. Berikutan itu, satu Konsensus Am (General Consensus) di antara Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Basional (BRN) termeterai pada 28 Februari 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Zulkifli berkata Malaysia sentiasa komited dalam memudahcara kerajaan Thailand dan masyarakat Patani di wilayah sempadan selatan Thailand melalui meja rundingan. - Foto BERNAMA
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.