MEKAH: Semua agamawan di Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan pandangan masing-masing dengan sentiasa menyemak rujukan yang sah berdasarkan hadis dan hayat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata agamawan seharusnya berterus terang dan perlu berani mengatakan tidak tahu jika mereka kurang arif seperti yang dilakukan oleh ulama-ulama muktabar.
"Tidak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.
"Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang diajarkan oleh ulama terdahulu sebab masyarakat hari ini apa sahaja yang dikeluarkan oleh mulut agama akan diterima kerana dahaga tentang ilmu agama," katanya.
Mohd Na'im berkata demikian ketika mengulas permohonan maaf pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, berikutan jawapan pendakwah itu untuk soalan daripada pendengar di sebuah stesen radio yang memaklumkan satu daripada waktu tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada Aidilfitri atau Aidiladha.
Jawapan itu didakwa mengelirukan kerana umat Islam juga tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Ekoran pelbagai kecaman yang diterima, Don Daniyal atau dikenali sebagai Ustaz Don, telah membuat permohonan maaf menerusi media sosial dan mengakui jawapan yang diberikan itu telah menimbulkan salah faham.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata beliau terkilan isu seperti itu masih berlarutan walaupun sebelum ini telah memberikan arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.
"Nasihat saya apabila mahu menyampaikan ilmu pengetahuan itu, biarlah ia didasarkan kepada sumber-sumber dan rujukan yang kita yakini dan kepakaran kita. Agamawan ini mempunyai pengkhususan, kalau dalam bidang hadis, kita mempunyai agamawan yang pakar hadis," katanya.
Mohd Naim turut menasihati agensi media agar memastikan penceramah yang dipilih mempunyai tauliah daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing.
"Media boleh juga merujuk kepada Jakim kerana (Jakim) mempunyai senarai penceramah yang mendapat tauliah. Sekurang-kurangnya penceramah ini telah ditapis. Itu harapan saya. Perlu selalu membuat rujukan jika ada sebarang musykil," katanya.
Selain itu, masyarakat yang mempunyai permasalahan agama dan hukum juga dinasihat agar merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa dan mufti di negeri masing-masing, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Mohd Na'im (tengah) diminta mengulas permohonan maaf Ustaz Don berikutan jawapannya untuk soalan daripada pendengar di sebuah stesen radio berhubung satu daripada waktu tidak boleh berpuasa. - Foto Tabung Haji
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.
AWANI 7:45 [21/2/2025] – Gummy pembunuh senyap| Keselamatan murid keutamaan| cubaan cabul di masjid| Karpet raya musnah terbakar
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya Tumpuan #AWANI745 malam ini 1. Perjalanan terakhir, keluarga, rakan-rakan iringi jenazah Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
AWANI Tonight: PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
The PAC will begin proceedings on Feb 24 to examine the rise in health insurance premiums and private hospital charges. The findings will be presented in the next Parliament session.
Consider This: Sosma Under Review (Part 1) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sevan Doraisamy, Executive Director of Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Consider This: Sosma Under Review (Part 2) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Suhakam commissioner Ragunath Kesavan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Masyarakat diingat berhati-hati keluar perkataan boleh bangkit kemarahan antara kaum
Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak mengeluarkan perkataan atau perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan antara kaum.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Permohonan dibuka sehingga 28 Feb, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.

Titah Sultan Selangor berhubung usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na'im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.

Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.