KUALA KANGSAR: Golongan agamawan atau pendakwah perlu menjadikan media sosial sebagai medium menyebarkan ajaran Islam terutamanya kepada golongan muda di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata golongan muda terutamanya generasi Z lebih mudah menerima sesuatu ilmu pengetahuan atau ajaran yang disampaikan menerusi media sosial berbanding menggunakan kaedah konvensional.
"Kalau golongan agamawan tidak mengambil pendekatan mempelajari perkembangan media sosial yang kini begitu cepat bergerak, kita akan ketinggalan.
"Anak-anak muda mereka ini terbiasa dengan teknik menerima apa sahaja dan mudah terpengaruh yang disampaikan melalui media sosial sebagai contoh TikTok," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pemikiran Mufti Harussani di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini hari ini.
Katanya media sosial boleh digunakan oleh agamawan untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu isu berkaitan hal agama Islam yang berbangkit kepada masyarakat.
Sementara itu, Mohd Nai'm berkata pihaknya menyambut baik penganjuran seminar tersebut sebagai medium memperkasa institusi kefatwaan di negara ini.
Beliau berkata sumbangan dan pemikiran Harussani yang mencakupi antaranya bidang kehakiman, pendidikan, perbankan Islam dan akidah, sangat signifikan dalam membimbing umat serta menjawab kemusykilan agama.
"Semua kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding supaya menjadi satu karya yang boleh dijadikan rujukan dan dibaca generasi semasa dan akan datang," katanya.
Seminar anjuran USAS yang berlangsung selama dua hari hingga Rabu itu, membentangkan 24 kertas kerja hasil penyelidikan terhadap pemikiran Harussani, selain turut mempamerkan pelbagai dokumen, buku, 'momento' dan barangan peribadi beliau.
Harussani merupakan Mufti Perak paling lama berkhidmat iaitu selama 36 tahun sejak 1985 sebelum beliau meninggal dunia pada 30 Mei 2021.
Turut hadir pada seminar itu Mufti Perak Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta Naib Canselor USAS Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusuf.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Mohd Na'im berkata golongan muda terutamanya generasi Z lebih mudah menerima sesuatu ilmu pengetahuan atau ajaran yang disampaikan menerusi media sosial berbanding menggunakan kaedah konvensional. -Gambar fail/Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Agamawan perlu terap prinsip rahmah dalam perbahasan agama - Mufti Singapura
Jika prinsip rahmah diberi keutamaan, maka perbezaan pandangan dan khilaf daripada sudut pendapat dapat dibincangkan secara ilmiah.

Agamawan perlu guna media sosial sebar ajaran Islam - Mohd Na'im
Golongan muda terutamanya generasi Z lebih mudah menerima sesuatu ilmu pengetahuan atau ajaran yang disampaikan menerusi media sosial berbanding menggunakan kaedah konvensional.

Gantung tauliah agamawan terlibat jenayah
Hafidzah menggesa kerajaan negeri bertindak segera menangani jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di institusi pendidikan.

Agamawan, pendakwah diminta henti polemik - Idris Ahmad
Sekiranya perkara itu tidak dihentikan ia dikhuatiri akan menimbulkan kecelaruan terhadap mereka yang baru hendak mendalami Islam.

Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah
Syeikh Fadzil berkata, Allah meletakkan golongan ulama dan agamawan di tempat yang tinggi dan perlu dihormati masyarakat.

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.

Bimbang ditembak di bumi bergolak, imam berserah kepada Allah
Imam Masjid Darul Muhajirin, daerah Yareng, Pattani, Ishak Daud, akui sememangnya ada perasan bimbang di hatinya serta rakan-rakan imam di daerah lain apabila mengingati tentang hidup serta mati.

Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
Golongan ini sering membodohkan masyarakat atas nama agama dan membina ketaksuban kepada mereka.

Hendaklah akal mengukur maklumat
Bekas Mufti Perlis menulis tentang Hari 'Asyura dan kekeliruan beragama.

UMNO tidak membelakangkan agamawan -- Mukhriz
Datuk Mukhriz Mahathir berkata parti berkenaan tidak pernah membelakangkan tokoh-tokoh agama dan pernah ada agamawan yang mendapat undian yang tinggi dalam Pemilihan UMNO terdahulu.