KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Tan Sri M. Kayveas bagi membatalkan pelantikan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP).
Peguam Persekutuan Muhammad Hairuliqram Hairuddin yang mewakili AGC memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh hari ini bahawa permohonan itu telah difailkan semalam.
Peguam Ragunath Kesavan, yang mewakili Kayveas pula berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dan memfailkan hujahan berhubung permohonan AGC.
Mahkamah menetapkan 29 Ogos ini untuk mendengar permohonan tersebut.
AGC membantah permohonan itu antaranya atas alasan isu dibangkitkan oleh Kayveas tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana bertentangan dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 selain mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyemak isu berkaitan parti.
Kayveas, 69, memfailkan permohonan itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai responden pertama dan kedua.
Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan kedua-dua responden gagal mengambil kira bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-67 diadakan pada 19 Mac lepas yang melantik Maglin sebagai Presiden myPPP adalah tidak sah berikutan 13 individu yang hadir pada mesyuarat itu dilucutkan keahlian mereka berkuat kuasa 25 April 2018.
Beliau antara lain memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan itu adalah tidak sah selain mendakwa pelantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP tidak sah kerana melanggar Perlembagaan myPPP.
Ahli politik veteran itu juga memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri melalui surat bertarikh 11 April lepas yang meluluskan rayuan pembatalan pendaftaran parti tersebut.
MyPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Kayveas (kiri) antara lain memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan pada 19 Mac lepas adalah tidak sah dan mendakwa pelantikan Maglin (kanan) sebagai Presiden MyPPP tidak sah kerana melanggar perlembagaan parti. - Gambar fail
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
'Hanya memalukan diri sendiri' - Penganalisis sifatkan langkah Kayveas tepat
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menyifatkan penarikan diri Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas daripada bertanding dalam PRK Cameron Highlands adalah langkah tepat.
Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP
Keputusan itu dipersetujui dan disahkan sebulat suara semasa mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tun M pinggir masyarakat India semasa jadi PM - Kayveas
Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.