KUALA LUMPUR: Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan hari ini merupakan persediaan dan tindakan yang diambil bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani dan mengharungi fasa endemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ANMS bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia, di samping berusaha menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.
Katanya agenda itu merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sebagai peneraju utama, dan disertai secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Agenda ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, iaitu mulai 2021 hingga 2030. Pelaksanaannya dibahagikan kepada dua penggal; iaitu penggal pertama bermula pada 2021 sehingga 2025, dan penggal kedua pula bermula pada 2026 dan akan berakhir pada 2030," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan ANMS yang disiarkan menerusi program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV 1 hari ini.
Ismail Sabri berkata bagi menjayakan agenda berkenaan, kerajaan mengambil pendekatan Whole of Nation, iaitu 'Keseluruhan Negara' dengan menjalin kerjasama yang erat dengan semua pihak untuk bergerak sebagai rakan strategik.
"Kerajaan bertanggungjawab merangka hala tuju, strategi dan initiatif ANMS, manakala pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah penggerak kepada strategi serta usaha yang telah dirangka atau inisiatif yang diperkenalkan," katanya.
Perdana Menteri berkata ANMS melibatkan empat teras utama iaitu memantapkan promosi pembudayaan hidup sihat; memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan; memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dan memantapkan kebersihan persekitaran, yang meliputi 10 strategi dan 24 inisiatif.
"Saya menaruh harapan tinggi bahawa menerusi ANMS, Keluarga Malaysia akan terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, kekal dengan kehidupan norma baru, mengambil vaksin serta mengamalkan kawalan kesihatan kendiri, seperti menjalani ujian dan kuarantin jika bergejala atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19," katanya.
Menurut Ismail Sabri, agenda itu turut diberikan penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) terutamanya dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan antara strategi yang akan digunakan dalam RMK12 berkaitan kesejahteraan kesihatan ialah meningkatkan literasi kesihatan serta kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri berkata kerajaan turut memutuskan untuk membentuk Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan yang akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk penganjuran program kesedaran penjagaan kesihatan yang akan dipergiat melalui pelbagai platform, pada semua peringkat dengan memanfaatkan fasiliti di bawah pelbagai agensi.
“Bagi memastikan literasi kesihatan Keluarga Malaysia dapat ditingkatkan, program pembangunan keupayaan Ejen Kesihatan Komuniti atau MyCHAMPION akan diperkukuhkan, terutamanya dalam usaha pendidikan dan promosi kesejahteraan kesihatan,” katanya.
Dengan tahap literasi kesihatan yang tinggi, Ismail Sabri berharap Keluarga Malaysia akan mendapat maklumat kesihatan, membudayakan hidup sihat, membuat kawalan kesihatan kendiri sebagai tindakan awal mencegah penyakit dan menjaga kesihatan bagi mengelak komplikasi.
"Contohnya Keluarga Malaysia dalam kalangan B40 akan mendapat akses kepada maklumat kesihatan, memahami kepentingan penjagaan kesihatan, dan melakukan saringan kesihatan percuma melalui program skim PekaB40.
"Ini membolehkan kita mengenal pasti risiko kesihatan lebih awal dan menjalani intervensi kesihatan sama ada di Wellness Hub (Hub Sejahtera), klinik kesihatan dan hospital mengikut status kesihatan," katanya.
Katanya menerusi usaha itu, Keluarga Malaysia bukan sahaja dapat membudayakan hidup sihat, mengurangkan risiko penyakit serta mengurangkan kos rawatan dan pemulihan, malah dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti.
Ismail Sabri turut memberikan jaminan terhadap aspirasi murni itu, bahawa kerajaan komited menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan ANMS dapat dijayakan dan memberi manfaat sepenuhnya kepada Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021

Ismail Sabri berkata, agenda ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, iaitu mulai 2021 hingga 2030. - Gambar fail

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.