Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini menggariskan lima aspek utama sebagai standard pembangunan bandar dalam tempoh 30 tahun akan datang menerusi Dokumen Agenda Perbandaran Baharu.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata aspek tersebut adalah Dasar Perbandaran Negara, Perundangan dan Peraturan Perbandaran, Reka Bentuk dan Perancangan Perbandaran, Sistem Kewangan Majlis Perbandaran dan Ekonomi Bandar serta Pelaksanaan Tempatan.
"Agenda ini menawarkan satu anjakan paradigma dalam cara kita berfikir, membina dan mewujudkan rantaian rakan pembangunan dalam menguruskan bandar- bandar pada masa akan datang secara holistik dan mampan.
"Dokumen Agenda Perbandaran Baharu ini berbentuk kenyataan politik yang akan mencorakkan hala tuju berkait dengan kemampanan bandar dengan menjadikannya lebih inklusif, selamat, berdaya tahan dan sejahtera," katanya ketika merasmikan pengenalan agenda itu di sini, hari ini.
Beliau berkata dokumen berkenaan telah diterima pakai oleh 170 negara Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semasa persidangan Habitat III di Quito, Ecuador pada 20 Okt 2016.
"Agenda ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu selain daripada enam bahasa utama sedia ada supaya dapat diterima pakai dalam konteks tempatan, khususnya jabatan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan, " katanya.
Noh berkata antara aspek lain yang digariskan dalam dokumen tersebut adalah struktur tadbir urus, kemasukan sosial, pembangunan spatial, kemakmuran bandar dan kelestarian persekitaran.
Katanya agenda itu akan turut dibincangkan bersama negara lain pada Forum Bandar Sedunia Ke-9 yang akan diadakan dari 7 hingga 13 Feb tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2017

Tan Sri Noh Omar berucap melancarkan Dokumen Agenda Perbandaran Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Agenda Perbandaran Baharu diperkenal - Noh Omar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini menggariskan lima aspek utama sebagai standard pembangunan bandar dalam tempoh 30 tahun akan datang menerusi Dokumen Agenda P