KUALA LUMPUR: Agenda tenaga bersih memerlukan usaha bersama daripada semua pihak berkepentingan -- penggubal dasar, peserta industri, ahli akademik dan pelabur -- dengan satu matlamat untuk memacu inisiatif tenaga bersih negara dan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia, menurut Khazanah Nasional Bhd.
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, penambahbaikan dasar dan penyelesaian yang didorong oleh sektor swasta boleh bergerak seiring untuk menarik pelaburan dalam empat bidang tumpuan utama yang dikenal pasti dalam Laporan Komuniti.
"Menerusi langkah memanfaatkan lagi inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG), Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi hab tenaga bersih di rantau ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Khazanah, di sini, pada Selasa.
Menurut Khazanah, Laporan Komuniti bertajuk 'Mobilizing Investments for Clean Energy in Malaysia' itu adalah sebahagian daripada inisiatif Forum Ekonomi Dunia (WEF) untuk menggerakkan pelaburan tenaga bersih dalam ekonomi pesat membangun.
Laporan Komuniti itu mengetengahkan cadangan untuk meningkatkan persekitaran kawal selia dan dasar, serta penyelesaian bukan dasar bagi memudahkan pelaburan tenaga bersih di Malaysia, dari perspektif kumpulan kerja awam-swasta meliputi pihak berkepentingan dalam industri berkaitan, sektor kewangan dan akademik di Malaysia dan antarabangsa, jelasnya.
Khazanah memaklumkan, kumpulan kerja awam-swasta itu telah mengenal pasti empat bidang tumpuan utama pelaburan khusus untuk Malaysia iaitu tenaga solar dan penyimpanan; projek bebas arang batu; transmisi dan pengedaran; serta penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
Matlamat menyeluruh adalah untuk menyokong sasaran bersih sifar negara di samping mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu di samping membolehkan kemajuan inisiatif yang diumumkan di bawah pelbagai dasar dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), menurut dana kekayaan negara itu.
Laporan Komuniti itu telah dilancarkan oleh Khazanah dan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI dengan kerjasama WEF yang disokong oleh firma perkhidmatan profesional, Accenture.
Laporan itu boleh dimuat turun menerusi https://www3.weforum.org/docs/WEF_Mobilizing_Investments_for_Clean_Energy_in_Malaysia_2023.pdf
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![Agenda tenaga bersih perlu usaha bersama semua pihak berkepentingan - Khazanah Nasional Agenda tenaga bersih perlu usaha bersama semua pihak berkepentingan - Khazanah Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694516568_TBLOGOKHAZANAH.jpg)
Penambahbaikan dasar dan penyelesaian yang didorong sektor swasta boleh bergerak seiring untuk tarik pelaburan dalam empat bidang tumpuan.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti #BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724916780_tbkhazanahnasional.jpg)
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
![Program #BerbudiBersama di Ipoh perkenal inisiatif Khazanah, santuni komuniti Program #BerbudiBersama di Ipoh perkenal inisiatif Khazanah, santuni komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723019401_TBKHAZANAHASTRO.jpg)
Program #BerbudiBersama di Ipoh perkenal inisiatif Khazanah, santuni komuniti
Khazanah Nasional melancarkan inisiatif #BerbudiBersama, siri program jangkauan komuniti yang berlangsung di seluruh negara.
![UEM Group lantik Hisham sebagai Pengerusi, Amran selaku Pengarah Urusan UEM Group lantik Hisham sebagai Pengerusi, Amran selaku Pengarah Urusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722500452_Hisham.jpg)
UEM Group lantik Hisham sebagai Pengerusi, Amran selaku Pengarah Urusan
UEM Group Bhd menamakan Datuk Hisham Hamdan sebagai Pengerusi dan Datuk Amran Hafiz Affifudin selaku Pengarah Urusan berkuat kuasa hari ini.
![Khazanah Nasional lancar #BerbudiBersama sempena 30 tahun majukan Malaysia Khazanah Nasional lancar #BerbudiBersama sempena 30 tahun majukan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710048703_tbKhazanahNasional.jpg)
Khazanah Nasional lancar #BerbudiBersama sempena 30 tahun majukan Malaysia
Inisiatif ini bermatlamat mempererat hubungan dengan masyarakat, menggalakkan kerjasama yang lebih besar, dan penciptaan impak untuk Malaysia yang lebih sejahtera.
![42 Malaysia: Platform pembelajaran rakan setara, memacu pembangunan tenaga mahir digital negara 42 Malaysia: Platform pembelajaran rakan setara, memacu pembangunan tenaga mahir digital negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706000220_TBkhazanahnasiona.jpg)
42 Malaysia: Platform pembelajaran rakan setara, memacu pembangunan tenaga mahir digital negara
Program 42 Malaysia (42MY) menjadi medium utama dalam melahirkan tenaga mahir sektor digital dalam negara.
![Antler, Khazanah jalin kerjasama sokong ekosistem pemula tempatan Antler, Khazanah jalin kerjasama sokong ekosistem pemula tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689225323_KhazanahAntler.jpg)
Antler, Khazanah jalin kerjasama sokong ekosistem pemula tempatan
Kerjasama bersama Antler merupakan pelaksanaan terbaru bagi sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai 'Future Malaysia Programme' untuk menyokong ekosistem pemula tempatan.
![Usaha bersepadu dalam setiap kerjasama kunci kejayaan Khazanah Usaha bersepadu dalam setiap kerjasama kunci kejayaan Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646217933_TBFAISAL.jpg)
Usaha bersepadu dalam setiap kerjasama kunci kejayaan Khazanah
Kejayaan itu juga hasil dari pandangan konkrit tentang kesan yang ingin dilakukan.
![Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653591074_TBLOGOKHAZANAH.jpg)
Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak
Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners dan 500 Global.
![Dana Impak: 6 tema utama menjana pertumbuhan - Khazanah Dana Impak: 6 tema utama menjana pertumbuhan - Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643096109_TBFAISAL.jpg)
Dana Impak: 6 tema utama menjana pertumbuhan - Khazanah
Pelaburan pemangkin untuk jangka masa sederhana dan panjang itu bakal mengukuhkan daya tahan negara sekali gus menjana pertumbuhan.
![Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639955598_banjir.jpg)
Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir
Khazanah Nasional mengumumkan sumbangan RM5 juta untuk sokongan kepada mangsa banjir.