KOTA KINABALU: Agensi hal ehwal Islam serta tokoh Islam perlu memberi input dalam dasar negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan belanjawan tahunan negara agar konsep Malaysia MADANI dapat diterapkan untuk pembangunan negara dan rakyat yang lebih mampan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak terlibat perlu memberi input secara keseluruhan dalam dasar itu dan tidak hanya fokus kepada bidang agama Islam semata-mata tetapi juga dalam bidang lain yang memerlukan.
"Saya telah sampaikan kepada pegawai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk memberikan kerjasama kerana berbeza pendekatan lalu, kita tidak gunakan badan-badan Islam ini hanya untuk program agama secara terpisah.
"Ketika saya mengupas kajian separuh penggal RMK-12, draf itu saya kirim kepada Ketua Pengarah Jakim dan mohon supaya ulas, bukan ulasan tentang program agama (tetapi) ulasan tentang RMK-12," katanya berucap merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Perdana Menteri berkata ulasan itu penting agar beliau dapat membentangkan RMK-12 yang mengandungi suntikan dan pandangan daripada pakar-pakar Islam agar semangat MADANI dapat diterapkan.
Beliau berkata Malaysia MADANI juga merupakan antara "perencah" penting dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Okt ini.
IJPAM 2023 yang berlangsung bermula 30 Sept hingga esok menyaksikan penyertaan 1,837 peserta daripada pelbagai agensi hal ehwal Islam peringkat Persekutuan dan negeri dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak terlibat perlu memberi input secara keseluruhan dalam dasar itu dan tidak hanya fokus kepada bidang agama Islam semata-mata tetapi juga dalam bidang lain yang memerlukan. - Foto BERNAMA
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Agensi agama, tokoh Islam perlu beri input dalam RMK, belanjawan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak terlibat perlu memberi input secara keseluruhan dalam dasar itu.

Idris pastikan 14 agensi agama capai objektif Keluarga Malaysia
Satu pertemuan akan diadakan bersama ketua-ketua agensi petang ini bagi membincangkan kerjasama dalam memenuhi aspirasi konsep Keluarga Malaysia.

Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran negara - Mujahid
Mujahid berkata masyarakat yang bertamadun juga akan saling menyantuni antara satu sama lain.