KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mendapatkan maklumat terperinci daripada setiap agensi di bawahnya sebelum menetapkan perancangan baharu kementerian, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata kerjasama antara agensi MOTAC dan pemain industri diperlukan untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam usaha merancakkan semula ekonomi pelancongan, seni dan budaya negara.
"Taklimat daripada setiap agensi akan bermula minggu depan, jadi saya hanya akan kongsikan perincian (berkaitan taklimat dan perancangan MOTAC) selepas selesai taklimat," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Menurutnya setakat ini, beliau hanya menerima taklimat daripada MOTAC sahaja.
Baru-baru ini, dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Tiong memaklumkan beberapa kelemahan melibatkan polisi dan dasar MOTAC telah dikenal pasti setelah ia disemak dan diteliti.
Menurut hantaran itu, beliau sedang berusaha untuk memperbaiki dasar dan polisi berkenaan.
Ditanya mengenai perancangan membantu golongan penggiat seni Orang Kurang Upaya (OKU), Tiong memaklumkan MOTAC bersedia untuk bekerjasama serta berbincang dengan persatuan kebudayaan yang berkaitan bagi memperjuangkan nasib golongan itu.
Dalam pada itu, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata pertemuannya bersama Abang Johari antara lain menyentuh hal berkaitan kerjasama MOTAC dan kerajaan negeri untuk meningkatkan industri pelancongan Sarawak.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara lanjut bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam masa terdekat.
"Beliau (Abdul Karim) akan datang ke pejabat saya dan kami akan berbincang lanjut bagaimana Kerajaan Persekutuan dan Negeri boleh berkolaborasi untuk industri pelancongan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya hari ini. - Bernama
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).
MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.
MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.
Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.