Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak COVID-19 di Malaysia, hari ini mendapat pengiktirafan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan semua Ahli Parlimen serta Senator.
Penghargaan negara itu diberikan Seri Paduka, yang mengajak Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen, Senator dan tetamu jemputan yang menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, bangun berdiri dan memberi tepukan gemuruh, simbolik penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.
Menyifatkan istiadat pembukaan persidangan Parlimen kali ini berbeza daripada norma dan kelazimannya berikutan wabak COVID-19 serta amat bermakna kerana berlangsung dalam bulan suci Ramadan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana rakyat jelata bersatu padu sebagai Bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin menghadapi ancaman wabak yang membawa maut itu.
Dalam saat getir yang dihadapi ini, Seri Paduka bertitah petugas barisan hadapan negara terutamanya yang berada dalam perkhidmatan kesihatan, tentera, polis, bomba, imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain agensi terlibat telah tampil dengan penuh dedikasi.
"Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai.
"Justeru, sebagai tanda penghargaan negara, marilah bersama-sama dengan Beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara," titah Al-Sultan Abdullah.
Sejurus itu, semua Ahli Parlimen dan Senator bangun berdiri seketika memberi tepukan gemuruh sebagai penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara.
Seri Paduka bertitah, Malaysia ketika ini masih lagi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan menjangkiti rakyat Malaysia pada awal Februari lepas.
Setakat semalam, Malaysia mencatatkan 6,894 kes positif COVID-19 dengan sejumlah 5,571 orang telah dibenarkan keluar wad. Sebanyak 113 kes kematian direkodkan di negara ini.
"Kepada rakyat jelata sekalian, teruskan menjaga kesihatan diri dan keluarga serta persekitaran setempat. Hindari daripada berhimpun secara ramai dan teruskan mengamalkan penjarakan sosial.
"Mudah-mudahan Malaysia akan berjaya menangani pandemik COVID-19 ini dengan jayanya," titah Al-Sultan Abdullah. - BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020
![Agong, Ahli Parlimen iktiraf pengorbanan petugas barisan hadapan perangi COVID-19 Agong, Ahli Parlimen iktiraf pengorbanan petugas barisan hadapan perangi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589770618_950x600.jpg)
Seri Paduka bertitah, Malaysia ketika ini masih lagi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan menjangkiti rakyat Malaysia pada awal Februari lepas. Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715753934_TBANWARDOHA.jpg)
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
![Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17 Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668926124_TBISTANANEGARA.jpg)
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679276636_TBAGONGPOLIS.jpg)
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
![Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631696431_TanSriLeeLamThye.jpg)
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
![Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669259110_PejabatDSAI.jpg)
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
![Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666805694_Agong.jpg)
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
![Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611571983_PeguamMohamedHanif.jpg)
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
![Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663498730_TBMASLAN.jpg)
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
![Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661335911_TBMEMOjpg.jpg)
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
![Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654213420_YangdiPertuanAgon.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.