KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen pagi ini bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Serentak dengan ketibaan Al-Sultan Abdullah, lagu 'Negaraku' dimainkan sebelum Seri Paduka berangkat ke Bilik Rehat Diraja.
Seri Paduka kemudian akan menyampaikan Titah Diraja.
Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Okt manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Okt depan.
Persidangan kali ini dijangka akan menumpukan kepada isu pemulihan negara susulan pandemik COVID-19 dan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) selain usaha transformasi Parlimen.
Persidangan Parlimen ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19 yang turut menyaksikan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen bertemu pada sidang khas Dewan Rakyat, mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan pada 26 Julai lepas.
Namun, sidang khas yang sepatutnya berlangsung selama lima hari itu ditangguhkan selepas empat hari bersidang susulan perkembangan kes positif COVID-19 berlaku di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Turut kelihatan, Ismail Sabri (kiri) dan Rais (kanan). --fotoBERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Agong berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kedua-dua Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.