Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Sebaik keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua, lagu 'Negaraku' dimainkan dan Tuanku Abdul Halim kemudian menerima kawalan kehormatan utama diiringi 21 das tembakan meriam.
Kawalan kehormatan itu terdiri daripada 103 anggota pangkat-pangkat lain berserta empat pegawai, diketuai Mejar Mohd Azroi Ariffin Shah.
Komposisi keseluruhan perbarisan terdiri daripada 20 pegawai dan 511 anggota LLP dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 4 pegawai dan 144 anggota Polis Diraja Malaydia (PDRM), serta 4 pegawai dan 120 anggota dari kedua-dua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) dan Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia (PBPM).
Ia diketuai Leftenan Kolonel Mohd Raszi Othman dari ATM (Pegawai Memerintah Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja).
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.
Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseun dan isteri, Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Pancaragam yang mengambil bahagian dalam istiadat hari ini adalah gabungan Pancaragam ATM dan PDRM di bawah pimpinan Mejar Zaiful Azman Zainol Abidin.
Istiadat diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' yang menyaksikan Jalur Gemilang diturunkan, diikuti deklamasi sajak 'Pahlawanku' oleh Kolonel Mohd Radzi Abdul Hamid.
Turut menarik perhatian ialah persembahan pentomen khas 'Pertempuran di Jalan Raya Timur- Barat, Grik, Perak Darul Ridzuan' yang mengisahkan insiden serang hendap Ulu Gong Jalan Raya Timur Barat pada 15 Ogos 1977 bagi mengenang keberanian Pegawai Waran Satu Ielias Ibrahim (Bersara) dan Lans Koperal Abdul Halim Hassan.
Turut diberi penghormatan adalah Allahyarham PBT Ali Hassan yang diwakili anak sulungnya, Ismail Ali.
Acara diteruskan dengan tiupan 'Paluan Fajar' dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan semula diikuti laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan.
Istiadat berakhir dengan acara 'Hormat Diraja' sebelum Seri Paduka berdua berangkat meninggalkan majlis.
Turut hadir pada istiadat hari ini ialah menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing.
Azyyati Ahmad
Sun Jul 31 2016

Suasana perbarisan Hari Pahlawan di Putrajaya pagi tadi. - Foto Astro AWANI

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Upacara Hari Pahlawan kembali ke Tugu Negara
Lebih 300 orang berkumpul di Tugu Negara pagi Ahad meskipun hujan lebat untuk memperingati Hari Pahlawan, menandakan kembalinya acara itu ke monumen kebangsaan selepas dua tahun.

Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.

Pantomim 'Op Subuh': Daripada kajian watak kepada persembahan penuh emosi
Op Subuh berkisar insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk.

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM
Seri Paduka berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM.

Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.

Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM
PM ingatkan rakyat tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.