SEMATAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mendengar sembah taklimat berhubung latar belakang dan status pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak yang kini mencapai tahap 97 peratus siap.
Sembah taklimat disampaikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu diadakan semasa Seri Paduka berkenan melawat pameran Projek LPB Sarawak di Telok Melano di sini, iaitu lokasi persinggahan terakhir sempena Kembara Kenali Borneo, yang melabuhkan tirainya, hari ini.
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan memaklumkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah buat julung kali itu, menzahirkan keprihatinan Seri Paduka dalam usaha kerajaan menambah baik infrastruktur jaringan jalan raya di Sarawak yang merupakan pemangkin pembangunan sosioekonomi dan perindustrian.
"Selain itu, bagi menambah baik keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya," menurut kenyataan itu yang turut menjunjung kasih atas kesudian Seri Paduka, berkenan mengunjungi tapak pameran projek itu.
Kembara Kenali Borneo yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak, menamatkan penjelajahan selama 11 hari sejak 3 Sept lepas.
Al-Sultan Abdullah yang berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ditemani Tunku Azizah telah merentasi perjalanan berjarak sejauh 2,154 kilometer (km) dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Berangkat sama dalam kembara itu di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Sementara, paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana, berkenan berangkat sepanjang penjelajahan kembara di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Kilometer 0 atau disebut Kilometer Kosong Lebuhraya Pan Borneo di Telok Melano menjadi persinggahan terakhir Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan Kembara Kenali Borneo yang berlangsung selama 11 hari. - Bernama
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
AWANI Tonight 31 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital
Bapa kepada P Jagdesshraj, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.
AWANI Tonight: Coffee prices: Brewing challenges ahead
Is your morning coffee getting more expensive? Astro AWANI’s Farhana Sheikh breaks down why coffee prices are rising and how Malaysian brewers and consumers are coping.
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.