KUANTAN:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Tahun 2020/2021 yang berlangsung di bilik mesyuarat Istana Abdulaziz di sini, hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah.
Taklimat yang bermula pada 10.30 pagi berlangsung selama hampir sejam itu disampaikan oleh Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Al-Sultan Abdullah pada akhir sesi taklimat itu menitahkan supaya aspek norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 menjadi keutamaan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini.
Selain itu, semua masjid di Pahang juga dititahkan untuk melaksanakan solat hajat dari semasa ke semasa bagi memohon dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini dan supaya Pahang sentiasa dijauhkan daripada musibah.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan keyakinan terhadap pentadbiran negeri untuk membuat persediaan menghadapi banjir dan mengingatkan semua pihak berkaitan supaya bersama-sama memikul tanggungjawab meringankan kesusahan rakyat semasa musim tengkujuh.
Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang seterusnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pentadbiran negeri termasuk agensi berkaitan kerana telah membuat persediaan lengkap dengan data terkini dalam taklimat tersebut.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan pengarah jabatan negeri berkaitan iaitu Kesihatan Datuk Dr Bahari Awang Ngah, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria (Majlis Keselamatan Negeri) dan Zulkhairi Zainol Abidin (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
Hadir sama ialah Mohd Noor Bidin (Jabatan Pengairan dan Saliran), Khairul Najib Ibrahim (Jabatan Meteorologi) dan Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmizi (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan supaya aspek norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 menjadi keutamaan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini. - Foto Facebook

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.