BERA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini, hari ini.
Seri Paduka Baginda juga berkenan supaya jambatan merentangi Sungai Pahang sepanjang 770 meter dengan jalan tuju 799 meter yang bernilai RM98.5 juta itu dinamakan sebagai Jambatan Al-Sultan Abdullah.
Al-Sultan Abdullah bertitah pembinaan jambatan itu diharapkan bukan sahaja menjadi penghubung dua tebing perairan atau pengukuh silaturahim, namun juga sebagai pembawa kemajuan ke kawasan yang dihubungkan.
"Dengan terbinanya jambatan ini, kita dapat menuju ke Chenor, dan di sana juga ada satu jambatan besar, tapi sedih sedikit (kerana) di Chenor dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Nyak dan Kampung Pesagi tidak dapat dimajukan dengan pantas.
"Namun harap harap, dengan adanya jambatan (baru) ini, akan ada sedikit paradigma baru. Adakan usaha dan program... tentukan setiap kemudahan asas mencukupi dan ada kemudahan yang boleh menggalakkan kegiatan (seperti) pertanian. Kalau ini dapat diusahakan, Insya-Allah setiap kampung dapat dimajukan," titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Jambatan Guai. Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga menitahkan supaya pembinaan jambatan baru Temerloh dekat sini, yang sedang berjalan dapat disiapkan secepat mungkin bagi mengatasi kesibukan Jambatan Sultan Ahmad Shah.
Seri Paduka Baginda juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam pembinaan Jambatan Guai, yang siap pada 30 Nov 2021 dengan kelulusan projek diperoleh pada 2016 menerusi peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Al-Sultan Abdullah bertitah Jambatan Guai dibina susulan kejadian banjir pada tahun 2014 yang telah memutuskan hubungan jalan raya sembilan kampung yang dihuni kira-kira 1,200 penduduk.
"Marilah kita menjadikan jambatan ini sebagai simbol dan mercu tanda yang menjadi bukti penghubung antara beta dengan rakyat, antara istana dengan masyarakat, kerana sesungguhnya raja itu tempatnya rakyat menumpang teduh," titah Seri Paduka Baginda.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga menitahkan supaya KKDW sebagai sebuah kementerian yang menerima peruntukan yang besar, dapat memberi keutamaan kepada projek pembangunan untuk penduduk luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang dari atas Jambatan Guai pada Majlis Perasmian Jambatan Guai hari ini. - Foto Bernama

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.