KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis makan malam Anugerah Kepimpinan dan Keusahawanan Hokkien Malaysia Peringkat Kebangsaan, di sini malam tadi.
Al-Sultan Abdullah yang tiba pada kira-kira pukul 8.30 malam meluangkan masa hampir dua jam di majlis yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-65 Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia, dan Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 10 penerima.
Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia Tan Sri Lim Hock San.
Lim dalam ucapannya berkata para penerima anugerah itu terdiri daripada mereka yang telah mempamerkan ketokohan bukan hanya dari segi mengaut keuntungan, tapi juga telah membuktikan bahawa bidang yang diceburi mereka cukup mampan.
"Mereka adalah dalam kalangan individu dan usahawan yang bekerja keras dalam memupuk kerjasama ekonomi dua hala Malaysia-China, di samping pembangunan perdagangan, dan meningkatkan hubungan politik antara dua negara," katanya.
Antara penerima anugerah ialah Duta Khas Perdana Menteri ke China Datuk Seri Tiong King Sing yang ketokohannya diiktiraf bagi kategori perkhidmatan cemerlang nasional.
Seorang lagi penerima ialah Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporations Bhd Tan Sri Dr Lim Wee Chai bagi kategori keunggulan korporat.
Objektif Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia adalah untuk menyatukan kaum Hokkien di samping meningkatkan pembangunan pendidikan dan kebudayaan, semasa menjalankan kerja-kerja amal bagi manfaat masyarakat.
Wee pula dalam ucapannya berharap agar Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam membantu masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Agong berkenan bergambar bersama sebahagian tetamu ketika berangkat tiba ke Majlis Makan Malam Anugerah Keusahawanan Hokkien Peringkat Kebangsaan anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.