Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, di sini pada Ahad sempena Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan.
Bantuan yang disampaikan baginda berupa pakaian persekolahan kepada anak-anak asnaf bernilai RM5.1 juta, bantuan am persekolahan (RM9.82 juta) dan bantuan am pelajaran IPT (RM12.45 juta).
Dalam majlis yang sama, baginda turut mengurniakan bantuan keperluan harian kepada 500 asnaf.
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan merupakan salah satu inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam melaksanakan pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan terutamanya menerusi program agihan zakat.
Hadir sama di majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Iqbal Asrafff
Sun Oct 20 2019
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke majlis Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Tidak perlu ubah sistem permarkahan 21 mata - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berpendapat tiada keperluan untuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar sistem pemarkahan 21 mata sedia ada.
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
Muhyiddin jumpa ketua parti politik sebelum Mesyuarat Khas Menteri Kabinet
Perjumpaan itu dipercayai bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak pengisytiharan darurat semalam.
Muhyiddin hadap Agong, persembah senarai Kabinet baharu
Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada jam 5 petang hari ini di pejabatnya di Putrajaya.
Agong berkenan serah zakat kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong berkenan kurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf sempena Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan
Keperibadian menawan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan.
#AgongKita: Jangan cetus api perselisihan, runtuh keharmonian negara - YDP Agong
Marilah kita berdoa semoga negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dan makmur serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.