Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memberitahu, Anwar turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara.
“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan hari ini.
Dalam hantaran sama, kenyataan memaklumkan, turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Terdahulu, Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
Media semalam melaporkan, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Februari ini.
Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan tersebut pada 7 Februari lalu.
