TEMERLOH:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Loqman Hamka, 20, yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Tebing Tinggi di sini, sejak seminggu lalu.
Turut mengiringi keberangkatan tiba Seri Paduka di lokasi SAR ialah tiga anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara Tengku, Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Seri Paduka turut berkenan menyantuni ibu bapa mangsa, iaitu Hamka Abu Bakar, 62, dan Rohaya Ismail, 57, yang berada di lokasi kejadian sebelum mendengar taklimat operasi yang dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Sebaik sahaja selesai taklimat, Al-Sultan Abdullah bersama tiga anakanda berkenan menyertai operasi SAR selama hampir sejam bermula 3.10 petang dengan menaiki bot bomba dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh hingga hampir dua kilometer ke hilir sungai.
Dalam kejadian 27 November lepas, Mohd Loqman dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu selepas memaklumkan keluarga mahu memeriksa rawai ikan sekitar 9.30 pagi, sebelum kehilangannya disedari beberapa jam kemudian apabila rakannya menjumpai bot milik keluarga mangsa hanyut.
Hamka berkata, Loqman boleh berenang dan biasa memeriksa rawai ikan selain anak bongsu daripada empat beradik itu banyak membantunya menjaga sangkar ikan patin yang diusahakan sejak 12 tahun lalu.
Dia juga amat terharu dengan keprihatinan Al-Sultan Abdullah sehingga tidak putus-putus mengucapkan ucapan menjunjung kasih kepada Seri Paduka dan anakanda kerana sudi mencemar duli bertemu mereka sekeluarga.
"Sudah seminggu kami berada dalam keadaan susah hati kerana anak masih tidak ditemui... sedangkan sudah lebih 20 mayat orang lemas di Sungai Pahang saya angkat sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota polis di sini,” katanya.
Hamka berkata, Seri Paduka turut menitipkan kata-kata semangat supaya mereka sekeluarga bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT.
"Saya terharu ramai yang membantu. Pasukan keselamatan dan orang kampung sudah seminggu membantu kami di sini. Kawan-kawan saya juga bergilir menunggu di hilir sungai sebagai persediaan jika anak timbul dan dihanyutkan arus ke sana," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli meninjau operasi mencari dan menyelamat Mohd Loqman Hamka, 20, yang dipercayai terjatuh dalam Sungai Pahang di Kampung Kuala Kujan, Temerloh sejak seminggu lalu. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.