Pekerja dan pelanggan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap pagi di restoran itu hari ini.
Seri Paduka berangkat tiba di premis berkenaan pada kira-kira pukul 10.20 pagi dan menikmati hidangan ringkas roti canai bersama pegawai pengiring dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Sultan Abdullah turut berkenan membayar makanan semua pelanggan kedai berkenaan pada masa itu.
Pengurus Nasi Lemak Royale Kedah Cawangan Putrajaya, Sharifah Afidah Syed Abdul Rahman berkata, Seri Paduka juga sempat memaklumkan kepadanya untuk mencemar duli sekali lagi ke restoran itu bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Tuanku memesan menu biasa sahaja, roti canai dengan semua lauk kami seperti sotong, udang, sayur, daging, ayam dan Tuanku ambil kari kepala ikan.
"Terima kasih Tuanku kerana sudi datang dan bermurah hati belanja semua pelanggan yang ada dalam restoran tadi," katanya kepada Bernama.
Seorang penghantar gas, Mohd Rizuan Lidon yang kebetulan berada di restoran itu, turut meluahkan rasa teruja dapat bertemu dan bersalaman dengan Sultan Abdullah.
"Macam nak keluar air mata dapat jumpa Tuanku. Kebetulan hari ini saya awal hantar gas. Memang terbaik, gembira boleh bersembang, tanya khabar Tuanku. Daulat Tuanku," katanya.
Selesai bersarapan, Seri Paduka juga bertemu para pelanggan dan berkenan berswafoto bersama pelanggan dan pekerja restoran.
Istana Negara turut memuat naik sebuah video dan tiga keping gambar Sultan Abdullah di restoran Nasi Lemak Royale Kedah dalam laman Instagram.
Melalui perkongsian tersebut, Seri Paduka kelihatan berbual bersama pengurus restoran dan menegur beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di restoran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 04 2019

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menikmati hidangan ringkas roti canai bersama pegawai pengiring dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.