SHAH ALAM:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendahului senarai 180 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-75, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Al-Sultan Abdullah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai tahun lepas, dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K).
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Kedua (D.K II) kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain pula dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk Seri".
Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran "Datuk Setia" pula dikurniakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Seramai 11 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran-Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk" antaranya Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad.
Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran "Datuk", dikurniakan kepada seramai 16 individu antaranya dua penerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 iaitu Ketua Jabatan Perubatan Am dan Pakar Perunding Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr C Suresh Kumar dan Ketua Jabatan Anaestesia dan Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh Dr Shaiful Azman Zakaria.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 30 orang penerima antaranya, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor, Ali Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Healthcare Sdn Bhd, Dr Nurul Mu'az Omar.
Editor Kanan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Harlina Samson dan Ketua Pemberita Kumpulan Media The Star, Edward Rajendra J.S Henry Kandiah merupakan antara 29 individu yang terpilih untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).
Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 38 orang penerima dan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 40 orang penerima.
Seramai 10 lagi individu turut dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang sempena ulang tahun keputeraan baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Al-Sultan Abdullah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019, dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati. - Gambar fail

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

Agong dahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara yang dikurnia Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor, membawa gelaran "Datuk Seri".