KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali.
Mohamed Hashim, 87, mendahului senarai 45 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepada 18 individu termasuk bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi serta bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Osu Sukam, bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Dr S. Subramaniam dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Ong Ka Chuan.
Turut menerima PSM adalah bekas Menteri Pendidikan Tinggi dan Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tan Sri Dr Mazlan Yusoff, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob dan Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad Tan Sri Tajuddin Atan.
Penerima PSM yang lain ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia Tan Sri Low Kian Chuan, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mazlan Lazim, Pengarah Eksekutif United U-Li Corporation Berhad Tan Sri Lee Yoon Kong serta Pengasas dan Pengarah Urusan T.A.G. Marine Sdn Bhd Tan Sri Dr Noormustafa Kamal Yahya.
Dua lagi adalah penerima PSM bagi 2020 dan 2021 iaitu bekas Ketua Kepolisian Negara Republik Indonesia Jenderal Polisi (Purn) Tan Sri Drs Badrodin Haiti dan Pengerusi Axiata Group Berhad Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada 23 individu termasuk Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Datuk Tengku Muhaini Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Penerima lain PJN antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Datuk Azhahari Kamal Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Dr Sallehuddin Ishak, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Rostam Affendi Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
Pada istiadat hari ini, tiga individu dikurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran 'Datuk' iaitu Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Juruiring Yang di-Pertuan Agong ke-16 Laksamana Pertama Datuk Shahrum Shaim dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Datuk Jazmanie Shafawi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Agong kurnia 'Tun' kepada Mohamed Hashim
Mohamed Hashim mendahului senarai 45 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.