LAHAD DATU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini bagi meninjau operasi agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di Pantai Timur Sabah itu.
Seri Paduka, yang sedang menjelajah Sabah menerusi program Kembara Kenali Borneo, berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom di sini pada 4.20 petang disambut Komander ESSCom DCP Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali, sebelum diperkenalkan kepada barisan pegawai serta anggota ESSCom.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut meriah dengan laungan 'Daulat Tuanku!' bergema daripada rakyat yang menunggu sejak tengah hari keberangkatan Al-Sultan Abdullah di pekarangan Ibu Pejabat ESSCom di sini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom pada 12 tengah hari tadi namun lewat, lantaran Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dengan rakyat di sepanjang laluan Tawau ke Lahad Datu sejauh 171.7 kilometer.
Namun, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua dan rombongan tetap dinanti-nantikan dan masyarakat setempat terus setia menunggu ketibaan Al-Sultan Abdullah, yang mengetuai konvoi 25 kenderaan.
Sejurus tiba di ESSCom, Al-Sultan Abdullah berkenan menandatangani plak lawatan dan menerima topi, jaket dan lambang formasi ESSCom daripada Victor, sebelum berangkat melawat 'ESSCom Fusion Center' sebuah pusat pengumpulan dan penyatuan maklumat keselamatan agensi itu.
Di pusat itu, Seri Paduka mendengar taklimat keselamatan khususnya melibatkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) daripada Victor.
ESSCom, yang ditubuhkan pada 1 April 2013 selepas pencerobohan pengganas Sulu dalam tragedi Lahad Datu pada Februari 2013 adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri melibatkan pengoperasian pelbagai cabang agensi keselamatan negara bagi melindungi Pantai Timur Sabah khususnya ESSZone.
Selepas lawatan ke ibu Pejabat ESSCom, Al-Sultan Abdullah berangkat ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari ibu pejabat ESSCom, bagi menyaksikan demonstrasi keupayaan bot dan payung terjun daripada Bahagian Operasi Laut dan Bahagian Pasukan Khas ESSCom, sebelum berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu.
Terdahulu, setibanya di Lahad Datu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat Taman Palm Garden yang menempatkan perumahan pegawai dan anggota ESSCom, dengan fasa pertama penempatan itu membabitkan 60 unit rumah dengan peruntukan RM40 juta diluluskan kerajaan 15 Julai lepas.
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat meneruskan perjalanan melawat Ibu Pejabat ESScom di sini, manakala Tunku Azizah berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu untuk aktiviti memasak dan Majlis Santapan Bersama Rakyat.
Setibanya di Dewan Perdana Lahad Datu, keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong yang dinanti-nantikan rakyat disambut dengan persembahan tarian selamat datang oleh pelajar sekolah.
Usai menyaksikan persembahan, Seri Paduka berkenan memasak untuk tetamu dan rakyat, serta menyediakan sendiri beberapa menu masakan antaranya ikan bilis masak kicap, ikan bilis masak asam dan udang berlada dibantu petugas Istana Negara dan ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).
Tunku Azizah juga berkenan melihat penyediaan masakan bubur lambuk malah menyukat serta memasukkan sendiri rempah ratus yang perlu digunakan dalam masakan yang dihidangkan kepada tetamu serta rakyat yang hadir.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di luar dewan itu pada 6.05 petang disambut dengan paluan gendang oleh pelajar Sekolah Menengah Cina Lahad Datu, paluan kompang daripada Persatuan Kompang Gabungan Lahad Datu dan tarian singa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choi.
Diiring perarakan memasuki ke dewan dengan alunan muzik gamelan, Al-Sultan Abdullah menyertai Tunku Azizah dan diberi sambutan meriah dengan persembahan kebudayaan penari Natra Sri Budaya, dan tayangan video mengenai Lahad Datu.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang penerima asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU), sebelum bertitah menzahirkan rasa terima kasih kepada semua rakyat.
Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan majlis dan meneruskan perjalanan Kembara Kenali Borneo ke daerah Sandakan pada pukul 7.05 petang.
Lahad Datu terletak kira-kira 420 kilometer dari Kota Kinabalu, berkeluasan 7,472 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 261,520 orang sehingga 15 Okt 2020.
Antara penduduknya terdiri daripada etnik Bajau, Suluk, Idahan, Iranun dan Dusun Subpan yang majoritinya tertumpu dalam aktiviti ekonomi sumber laut.
Tempat menarik di Lahad Datu termasuk kawasan konservasi semula jadi Lembah Danum dan Kawasan Hidupan Liar Tabin, serta Pulau Tambisan yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan lokasi tumpuan penyelam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Al-Sultan Abdullah berkenan melambaikan tangan kepada rakyat yang setia menanti keberangkatan tiba baginda di Pejabat ESSCom. - Gambar/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.