KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memperkenan calon Yang Dipertua Negeri (TYT) Sarawak yang baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengemukakan nama calon kepada baginda minggu lalu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Proses pelantikan TYT Sarawak seperti kita tahu adalah atas budi bicara Agong dan telah dikemukakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg.
"Saya telah kemukakan nama calon itu kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu dan itu telah diperkenan dan akan diumumkan mungkin satu dua hari ini," katanya.
Anwar berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Wacana Pemikir Universiti Malaya bertemakan 'The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia' di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014, menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Tempoh perkhidmatan beliau akan tamat pada 28 Feb ini.
Sebelum ini, tular laporan mengenai berita peletakan jawatan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang dikaitkan dengan pelantikan sebagai TYT Sarawak yang baharu.
Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara susulan peletakan jawatan Wan Junaidi, Anwar berkata, Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan membincangkan mengenainya malam ini.
"Tentang Yang di-Pertua Dewan Negara, kita bincang dan adakan mesyuarat malam ini supaya dapat disegerakan pelantikannya," katanya.
Afiezy Azaman
Mon Jan 22 2024

Anwar ketika berucap merasmikan Program Wacana Pemikir Universiti Malaya bertemakan 'The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia' di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto SHAHIR OMAR/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan
Polis Diraja Malaysia Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Wan Junaidi tokoh berjasa besar pada Sarawak, Malaysia - Fadillah
Pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan semalam bersesuaian dengan jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara secara keseluruhan.

Angkat sumpah TYT Sarawak 29 Januari - Abdul Karim
Watikah pelantikan akan diserahkan kepada Gabenor baharu Sarawak hari ini.

Agong perkenan calon TYT Sarawak baharu, lantikan YDP Dewan Negara disegerakan - PM
Anwar berkata, beliau telah mengemukakan nama calon kepada Baginda minggu lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Abdul Taib Mahmud sambung khidmat sebagai TYT Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Isnin.

TYT Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Rahah
Tun Abdul Taib Mahmud meluangkan masa sekitar 30 minit sebelum beredar meninggalkan Masjid Masjid Ar-Rahah, Kerinchi sekitar jam satu tengahari.

Tun Taib, Abang Johari lunas kewajipan Aidiladha tanpa abai SOP
Pematuhan pada garis panduan keselamatan oleh kedua pemimpin ini menjadi cerminan keseriusan kerajaan negeri dalam menangani COVID-19.