KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.
Menurut Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan Seri paduka baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ini selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
"Perlu diperjelaskan di sini bahawa Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Proklamasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Azuan Effendy, perkenan Seri Paduka Baginda kepada penamatan Proklamasi Darurat adalah satu keputusan yang sukar dan rumit.
Bagaimanapun, katanya keputusan itu diperkenankan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
BACA: Tarikh matang DUN Sarawak 6 Jun 2021
BACA: DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker
"Sesungguhnya, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengatasi sebarang kepentingan peribadi dan politik.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran Baginda terhadap risiko peningkatan penularan jangkitan COVID-19 sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan.
"Pada hemat Seri Paduka Baginda, negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman COVID-19 dan penularan wabak ini juga masih di tahap yang membimbangkan," katanya.
Terdahulu, Azuan Effendy berkata, Seri Paduka Baginda menerima menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara pada 2 November 2021.
Katanya, pada sesi menghadap ini, Abdul Taib telah menyampaikan hasrat dan permohonan Kerajaan Sarawak kepada Seri Paduka Baginda agar Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak dapat ditamatkan.
"Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.
"Pada sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam bermula pada jam 8.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima sembah nasihat daripada Ismail Sabri berhubung dengan penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak," katanya.
Pada 2 November 2021, Seri Paduka Baginda turut telah berkenan menerima menghadap Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Azizan Harun bagi menyembah taklimat berhubung dengan perkara yang sama.
Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.
Astro Awani
Wed Nov 03 2021
Perkenan Seri Paduka Baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak itu selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan. - Foto Facebook/IstanaNegara
PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
The Future Is Female: Sustainable Development — Science Panels of the Amazon & Congo Basin
The Amazon and Congo Basin rainforests are two of Earth’s most vital ecosystems, yet they face threats that could forever alter their futures—and ours. These ecosystems are under immense pressure from deforestation, exploitation, and the mounting impacts of climate change. Established under the UN Sustainable Development Solutions Network (UN SDSN), the Science Panel for the Amazon and the Science Panel for the Congo Basin are bringing together the world’s leading scientists, Indigenous voices, and policymakers to deliver solutions that could shape the future of these vital regions. On this episode of The Future Is Female, Melisa Idris speaks with Emma Torres, Vice President for the Americas, and Head of the New York office for the UN Sustainable Development Solutions Network. She’s also the Strategic Coordinator of the Science Panel for the Amazon, and the Science Panel for the Congo Basin.
Fokus Minggu Depan: Membina era kecerdasan yang lebih mampan & inklusif
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk era kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.
AWANI Ringkas: Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Januari 2025
1️⃣ Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
2️⃣ Amaran hujan berterusan di Sarawak
3️⃣ Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
#awaniringkas
1️⃣ Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
2️⃣ Amaran hujan berterusan di Sarawak
3️⃣ Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
#awaniringkas
PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.
WEF 2025: Apa yang jadi tumpuan utama?
Editor Niaga AWANI, Najib Arof membawakan perincian terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
AWANI Global: Kepresidenan Trump 2.0
Apakah strategi dasar luar dan polisi baharu pentadbiran Donald Trump, Presiden ke-47 Amerikan Syarikat? Sejauh mana ia memberi kesan terhadap hubungan luar negara? Diskusi dan analisis bersama Prof Shakila Yacob dalam AWANI Global 9 malam ini.
Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.