Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan Selamat Menyambut Vishu, Tahun Baharu Tamil dan Vaisakhi kepada kalangan mereka yang menyambutnya.
"Selamat Menyambut Vishu dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Tamil. Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada rakan-rakan kami daripada kalangan masyarakat Malayalee dan Tamil. Kami doakan anda semua akan beroleh kemakmuran, keamanan dan kegembiraan pada tahun ini.
"Walaupun ketika ini merupakan masa yang sukar, kita semua akan berjaya mengharunginya sebagai sebuah negara. Tekadkan harapan dan semangat dan bersama-sama kita semua akan berjaya. Duduk di rumah dan kekal selamat," titah Seri Paduka berdua dalam hantaran di akaun Instagram Istana Negara.
Kepada kalangan mereka yang menyambut Vaisakhi, pasangan diraja itu bertitah: "Selamat Menyambut Vaisakhi kepada rakan-rakan Punjabi kami! Kami doakan anda semua dilimpahi kegembiraan, rahmat dan kemakmuran. Terus tabah, duduk di rumah dan kekal selamat tatkala kita mengharungi waktu yang mencabar ini.
"Kita mungkin berjauhan dengan orang tersayang kita ketika ini, tetapi kita tetap bersatu sebagai sebuah negara ketika kita memerangi pandemik ini. Keadaan akan bertambah baik dan kita akan kekal sebagai sebuah keluarga, sebuah negara, sebagai rakyat Malaysia," titah Seri Paduka berdua.
Tahun Baharu Tamil disambut pada hari pertama bagi tahun itu dalam kalendar Tamil, manakala masyarakat Malayalee meraikan pesta Vishu.
Vaisakhi, disambut semalam, adalah Tahun Baharu bagi masyarakat Punjabi dan Sikh serta juga merupakan pesta menuai musim bunga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020

"Kita mungkin berjauhan dengan orang tersayang kita ketika ini, tetapi kita tetap bersatu sebagai sebuah negara ketika kita memerangi pandemik ini." - Instagram @istana_negara

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Sultan Pahang lawat keluarga wanita ditemukan meninggal dunia di Jambatan Tanjung Lumpur
Baginda turut kelihatan menenangkan Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, suami kepada mangsa, Allahyarham Norshamira Zainal, 37.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.

Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.

Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.

Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.

Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.