TAWAU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di lapangan Terbang Tawau di sini hari ini bagi memulakan pengembaraan yang julung kali diadakan dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.
Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 Sept ini bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, melibatkan jarak perjalanan lebih 2,154 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.
Pesawat membawa Seri Paduka berdua yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang mendarat pada pukul 1.50 tengah hari, sebelum Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, dengan ditemani isteri masing-masing.
Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melalui Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD).
Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar membacakan doa bagi memohon keselamatan Seri Paduka berdua serta para hadirin, sebelum pasangan diraja bersama delegasi berangkat menuju ke hotel penginapan.
Sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Tawau, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan bergambar bersama 40 kanak-kanak daripada Tadika Kemas dan Perpaduan di daerah ini, yang berpakaian tradisional pelbagai etnik.
Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta dengan ditemani Tunku Azizah, turut berkenan beramah mesra, bersalaman dan berswafoto dengan orang ramai yang menantikan keberangkatan Seri Paduka berdua di sekitar lapangan terbang itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat ke Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Tawau di sini malam ini.
Kawasan di sekitar Tawau kelihatan meriah dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah bagi menyambut keberangkatan tiba pasangan diraja yang terkenal dengan sikap rendah hati dan mesra rakyat itu.
Tawau, yang dikenali sebagai 'Bumi Peladang' terletak di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu kira-kira 500km dari ibu negeri Kota Kinabalu, dan merupakan bandar ketiga terbesar di negeri ini, selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.
Mengikut data Jabatan Perangkaan pada 2020 daerah Tawau mempunyai 372,462 penduduk dengan keluasan 196 km persegi. Penduduk Tawau majoritinya terdiri daripada suku kaum Bugis, Bajau, Suluk Ida'an, Tidong, Cocos, Murut dan Lun Bawang.
Sebahagian besar daripada kawasan tanah tanah daerah Tawau adalah kawasan perladangan yang banyak ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan koko, dengan kebanyakan penduduknya bekerja di ladang kelapa sawit.
Semasa di Sabah bagi tempoh 3 hingga 7 Sept, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan dijadual singgah di lapan daerah lain iaitu Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di lapangan Terbang Tawau hari ini bagi memulakan pengembaraan yang julung kali diadakan dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak. -Bernama
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Kerajaan perlu pastikan prestasi baik ini bawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, bukan beri keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
Sultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.