KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-15.
Pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 8.45 malam disambut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dan isteri Datin Balkis Zakaria.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merangkap Ketua Panel Anugerah Sastera Negara Ke-15 Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menerima Sembah Kenal Penerima Anugerah Sastera Negara Ke-15 Datuk Rahman Shaari yang dibacakan oleh Radzi, merangkap Pengerusi Panel bagi anugerah itu.
Usai Sembah Kenal itu, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Anugerah Sastera Negara ke-15 kepada Rahman sebelum menerima sembah ucapan daripada Sasterawan Negara itu.
Sementara itu, Rahman dalam sembah ucapannya berkata mata pelajaran Kesusasteraan Melayu hendaklah terus diperkemas, iaitu dengan mengaplikasi "kaedah berfokus" dan "kaedah mengalami menghayati" yang dikenali dengan meluas sejak 1980-an.
Katanya pemilihan karya untuk dijadikan teks persekolahan juga hendaklah dibuat dengan rapi dan teliti.
"Jika kedua-dua segi ini berjaya dipermaju, kita tidak mempunyai alasan untuk melihat sastera sebagai subjek yang berada di bawah sains atau apa-apa subjek dan aliran," katanya yang menghasilkan sejumlah buku puisi selain menghasilkan novel, cerpen dan skrip drama.
Pada 22 Jun lepas, Rahman diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-15 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Pemilihan Rahman berdasarkan kepada sumbangan beliau yang memanfaatkan sebahagian besar hidupnya untuk perkembangan sastera tanah air.
Anugerah Sastera Negara diberikan sejak 1981 kepada sasterawan yang menulis dalam Bahasa Melayu dan telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui karya bermutu tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menerima Sembah Kenal Penerima Anugerah Sastera Negara Ke-15 Datuk Rahman Shaari. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, sebagai seorang Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan.
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.