KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyanjung tinggi inisiatif sukarelawan yang dilaksanakan oleh semua peringkat warga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua menyifatkan usaha itu sekali gus dapat memperkasakan lagi semangat tolong menolong dan kemanusiaan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada BSMM atas khidmat cemerlang, sumbangan dan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada masyarakat, kerajaan negeri dan Persekutuan serta di luar negara.
"Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada BSMM yang diterajui Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atas sambutan ulang tahun ke-75.
"Seri Paduka baginda berdua turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Puteri Intan Safinaz atas persilaan kepada baginda berdua ke Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan ulang tahun ke-75 BSMM di The St. Regis Kuala Lumpur pada 4 Nov," menurut hantaran itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar BSMM dilimpahi kecemerlangan berterusan dalam mendukung usaha menghulurkan khidmat dan bantuan kemanusiaan serta warganya sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Seri Paduka berdua menyifatkan usaha itu sekali gus dapat memperkasakan lagi semangat tolong menolong dan kemanusiaan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda. - Gambar/ Instagram Istana Negara
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.