KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Hanisah Aripin di atas pencapaian skor sempurna dalam subjek MA2 Managing Cost and Finance, baru-baru ini.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istana Negara dalam catatan menerusi Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan anak kelahiran Pahang itu mendapat tempat pertama di Malaysia dan di peringkat dunia bagi mata pelajaran tersebut, sekali gus mengharumkan nama Pahang dan Malaysia di persada dunia.
"Pencapaian bekas pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang ambilan 2017-2021 itu membuktikan sekali lagi bahawa anak negeri Pahang dan rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.
"Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar anak Pahang dan Malaysia yang lain untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing," menurut catatan itu.
Nur Hanisah memperoleh pencapaian skor sempurna (100 peratus) bagi mata pelajaran MA2 Managing Costs and Finance dalam bidang pengajian Foundation in Accountancy Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di INTEC Education College, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nur Hanisah dan mendoakan beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.
Nur Hanisah merupakan pelajar cemerlang dengan pencapaian 11A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi 2021 dan telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran pada 2020.
Selain itu, Nur Hanisah juga telah lulus ujian prasyahadah lima juzuk al-Quran pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nur Hanisah dan mendoakan beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan. - Gambar/ FB Istana Negara
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.