KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Sieh Kok Chi yang meninggal dunia, Sabtu lepas.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan sumbangan mendiang kepada pembangunan dan kemajuan sukan negara dan juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada MOM dan dunia sukan tanah air.
"Sesungguhnya semangat dan usaha besar serta pengorbanan mendiang dalam memikul tanggungjawab dan amanah sewajarnya dijadikan inspirasi kepada semua rakyat," menurut catatan itu.
Kok Chi, 83, adalah seorang daripada individu bertanggungjawab membangunkan MOM dengan berkhidmat sekian lama sehingga badan induk itu berdiri teguh hingga hari ini.
BACA: Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun
Penerima Anugerah Tokoh Sukan 2019/2020 itu menawarkan perkhidmatan secara sukarela kepada MOM sejak 1974, dan mendiang pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas badan induk itu sebelum dipilih sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.
Mendiang juga menumpukan kerjayanya kepada MOM tanpa apa-apa imbuhan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat dari 1992 hingga 2013 dan Setiausaha Agung (2013-2015) serta Penolong Setiausaha Agung (2015-2018) badan induk sukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan sumbangan mendiang kepada pembangunan dan kemajuan sukan negara. - Foto Facebook/Istana Negara
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Tokoh sukan hadir beri penghormatan terakhir kepada Kok Chi
Tokoh sukan, menteri dan orang ramai hari ini memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mendiang Datuk Sieh Kok Chi, di Nirvana Center di sini.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Datuk Sieh Kok Chi
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu.
Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun
Pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar buat sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia.
Bekas atlet naturalisasi didakwa tipu bekas setiausaha MOM
Seorang bekas atlet naturalisasi negara didakwa menipu bekas pegawai kanan sukan Datuk Sieh Kok Chi dan anak perempuannya yang cacat hampir RM1.5 juta dalam kes hartanah.
PPS diminta siasat kesahihan AGM KOM
Beliau mendakwa wujud pelbagai kesilapan dalam prosedur pemilihan itu termasuk kegagalan Datuk Sieh Kok Chi mengisytiharkan pembubaran kepimpinan KOM terdahulu.
Cadangan had umur acara bola sepak Sukan SEA perlu dapat kelulusan
Cadangan had umur bawah 21 tahun acara bola sepak temasya Sukan SEA wajar mendapat kelulusan Persekutuan Sukan SEA, sebelum ia mampu dilaksanakan.
Dana RM15 juta MOM disyaki punca ugutan bunuh
Mungkinkah dana yang dimiliki Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang berjumlah RM15 juta mendorong kepada ugutan bunuh yang diterima Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)?
Tiada sasaran pingat bagi Sukan SEA Singapura - Tunku Imran
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat pertama kali, memutuskan untuk tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi Sukan SEA di Singapura yang dijadualkan pada Jun.
MOM akan umum pengganti pembawa bendera Jalur Gemilang di Sukan Komenwel
Setiausaha MOM berkata, pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada MSN dan ISN sebelum membuat sebarang keputusan.
MOM yakin atlet Sukan SEA bebas doping
Datuk Sieh Kok Chi menyuarakan keyakinan atlet-atlet negara yang bersaing di Sukan Sea Myanmar bebas daripada doping.