Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama hampir 1,000 jemaah menunaikan solat Istisqa menolak bencana jerebu yang semakin teruk melanda beberapa kawasan di Malaysia sejak dua minggu ini.
Solat sunat Istisqa yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, itu dilakukan selepas solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara di sini.
Turut menunaikan solat sunat Istisqa ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta orang kenamaan lain yang hadir antaranya Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Semua masjid di seluruh negara ini disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon doa diturunkan hujan bagi mengurangkan masalah jerebu serta bencana tidak diingini.
Jerebu melanda beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak berikutan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan dan memberi kesan kepada kualiti udara serta peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Setakat 3 petang ini, tahap kualiti udara di kawasan Sri Aman, Sarawak terus kekal dalam kategori berbahaya dengan bacaan IPU mencecah 411.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Penolong Pengarah Agama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia, ACP Ghazali Daud dan mengikuti khutbah khas sempena sambutan Hari Pahlawan yang disambut bulan ini.
Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun namun tarikh penganjuran majlis itu pada tahun ini diubah daripada tarikh perisytiharan asal bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai lepas.
Keberangkatan tiba Seri Paduka di Surau Utama Istana Negara kira-kira 1.10 tengah hari, diiringi Dr Mahathir serta dua anakanda Al-Sultan Abdullah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Al-Sultan Abdullah bersama jemaah turut mendengar khutbah khas bertajuk ‘Pahlawan: Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti’ yang dibacakan Ghazali.
Solat Jumaat itu disiarkan secara langsung menerusi RTM1.
Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka berkenan bergambar bersama pesara polis dan veteran tentera sebagai kenang-kenangan. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Dr Mahathir Mohamad bersama jemaah lain menunaikan solat Istisqa di Surau Utama Istana Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.