TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang di sini hari ini.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan ketibaan tetamu kenamaan diraja itu disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.
Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II terdahulu melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) yang mula beroperasi sejak Februari 2022 yang kini menempatkan lima ekor Harimau Malaya termasuk dua yang diselamatkan daripada konflik harimau-manusia.
Harimau Malaya itu ialah Atan, berusia empat tahun yang ditangkap di Kerteh, Terengganu dan Bihai yang berumur empat tahun setengah yang ditemukan di Gua Musang, Kelantan.
MTCC yang beroperasi di kawasan seluas 80 hektar itu juga menjadi 'lokasi perlindungan' kepada tiga lagi Harimau Malaya yang diterima daripada tiga zoo di Malaysia.
Usai lawatan di MTCC, Seri Paduka dan Putera Albert II seterusnya menuju ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah (PKGKG) yang terletak kira-kira lapan kilometer, dengan lawatan bermula di Galeri Warisan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di situ.
Sementara itu, Putera Albert II ketika menandatangani Buku Pelawat PKGKG selepas lawatan itu menzahirkan penghargaan atas usaha yang dilakukan MTCC dan PKGKG, sambil menambah bahawa langkah itu 'sangat penting'
"Ribuan terima kasih atas kerja-kerja berharga dalam usaha perlindungan biodiversiti yang diterajui oleh MTCC dan PKGKG. Gajah dan Harimau Malaya patut diberi perhatian penuh untuk memastikan spesies ini tidak pupus," coret baginda dalam buku tersebut.
PKGKG menempatkan 25 ekor gajah dan gajah yang membuat penampilan di hadapan tetamu Diraja ialah anak gajah betina berusia enam tahun bernama Elly yang 'sinonim' dengan PKGKG kerana menggunakan kaki palsu pada kaki kanan hadapannya, akibat terkena jerat dawai pemburu haram di Jeli, Kelantan.
Turut dipersembahkan ialah pertunjukan berinformatif oleh tujuh ekor gajah iaitu Kasturi, Pian, Abot, Alam, Rambai, Timor dan Lasah yang masing-masing 'ditemani' dua penjaga termasuk gembala mereka.
Seterusnya, Al-Sutan Abdullah dan Putera Albert II juga berkenan memberi makan serta menyaksikan gajah bermain air di anak sungai yang terdapat di pusat konservasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II melawat Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah (PKGKG) di Temerloh. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, sebagai seorang Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan.
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.