KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di ibu kota London hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 11 pagi (waktu tempatan) disambut barisan kepimpinan Battersea Project Holding Company dan wakil kepimpinan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Sime Darby Property dan SP Setia Berhad. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar.
Projek hartanah berkeluasan 16.99 hektar itu merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, KWSP dan PNB sejak 2012.
Dalam lawatan selama dua jam itu, Seri Paduka berdua berkenan menerima persembahan taklimat mengenai perkembangan terkini projek hartanah berkenaan yang membabitkan nilai pembangunan kasar berjumlah 9 billion pound.
"Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa berangkat meninjau fasa perumahan yang telah siap dibina dan turut berkenan mendedahkan plak peringatan bagi memperingati lawatan Baginda berdua ke projek hartanah ini," menurut Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook.
Lawatan itu adalah antara atur cara sempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke United Kingdom (UK) selama 10 hari bermula 17 Sept.
Atur cara lawatan khas itu turut diisi dengan lawatan ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford serta pertemuan antara Seri Paduka berdua bersama komuniti rakyat Malaysia di London.
"Yang di-Pertuan Agong turut dijadual berangkat menghadiri Sandhurst Reunion Dinner di Royal Military Academy Sandhurst. Seri Paduka Baginda pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979," menurut kenyataan itu.
Seri Paduka turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Sir General Nicholas Carter yang akan menyentuh hubungan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan United Kingdom.
Usai lawatan khas itu, Seri Paduka berdua berkenan beristirahat di London bermula dari 27 Sept dan dijadual berangkat pulang ke tanah air pada 23 Okt.
Lawatan khas itu merupakan kali kedua bagi Seri Paduka ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dengan lawatan khas pertama diadakan tujuh hari bermula pada 9 Dis 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Lawatan itu adalah antara atur cara sempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke United Kingdom (UK) selama 10 hari bermula 17 Sept. - Gambar/ Facebook @Istana Negara
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
Stesen Janakuasa Battersea siap sepenuhnya menjelang 2033
Projek itu telah siap 60 peratus dengan GBP5 bilion daripada jumlah nilai pembangunan kasar yang direalisasikan.
Agong berkenan rasmi pembukaan Stesen Janakuasa Battersea
Baginda turut berkenan mencemar duli melancarkan plak memperingati lawatan - peringatan akan hubungan kukuh Malaysia-United Kingdom.
Agong, Raja Permaisuri berkenan lawat Stesen Janakuasa Battersea
Projek hartanah berkeluasan 16.99 hektar itu merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, KWSP dan PNB sejak 2012.