SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan negara selama lapan hari ke Turkiye, bermula 15 Ogos lepas.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada kira-kira 10.30 pagi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Antara menteri Kabinet yang turut menyambut ketibaan baginda berdua adalah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Sejurus ketibaan itu, Tunku Azizah dipersembah jambangan bunga oleh seorang kanak-kanak sebagai mengalu-alukan keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ke tanah air.
Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada empat pegawai, diketuai Mejar Mohd Noornazmin Abd Rahim dan 103 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das serta lagu Negaraku.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba itu disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.
Seri Paduka berdua berangkat ke Turkiye pada 15 Ogos lepas atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Jadual lawatan Al-Sultan Abdullah bermula di Ankara dengan sambutan negara serta mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Kompleks Presiden, yang merupakan pertemuan empat mata kali pertama selepas Seri Paduka menaiki tahta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.
Baginda berdua turut berangkat menghadiri majlis santapan negara yang dihoskan Erdogan dan isteri Puan Yang Terutama Emine Erdogan.
Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima darjah tertinggi kerajaan Turkiye, Turkish Order of the State, menjadikan Seri Paduka sebagai Ketua Negara ASEAN pertama menerima anugerah berprestij tersebut.
Pada 17 Ogos, Al-Sultan Abdullah berkenan melawat syarikat pemain utama industri pertahanan Turkiye, FNSS Defence System A.S dan syarikat areoangkasa Turkiye, Turkish Aerospace Industry (TAI), manakala Raja Permaisuri berangkat melawat Muzium Goreme di Istana Presiden.
Sebelum berangkat ke Istanbul, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima menghadap Naib Presiden Turkiye Fuad Oktay pada 18 Ogos lepas. Sesi menghadap tidak berjadual itu diadakan susulan sesi menghadap Seri Paduka bersama Erdogan pada 16 Ogos bagi membincangkan agenda hubungan dua hala kedua-dua negara.
Program Al-Sultan Abdullah di Turkiye diteruskan ke Istanbul dengan beberapa program utama antaranya berkenan menerima penganugerahan ijazah kehormat oleh Universiti Marmara dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan melawat tempat bersejarah di sekitar Istanbul selain bertemu 100 rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul.
Lawatan negara terakhir ke Turkiye oleh Yang di-Pertuan Agong ialah pada 1992 yang ketika itu oleh Yang di-Pertuan Agong ke-9 Almarhum Sultan Azlan Muhibuddun Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selamat kembali ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan negara selama lapan hari ke Turkiye, bermula 15 Ogos lepas. --fotoBERNAMA
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.
Agong berkenan adakan Lawatan Negara ke Brunei bermula Ahad
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada 13 hingga 15 Okt ini bagi memperkukuh lagi hubungan diraja antara Malaysia dan Brunei.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri Lawatan Negara empat hari ke China
Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas mengakhiri Lawatan Negara pertama ke China selama empat hari bermula 19 Sept.
Agong bertemu dua pemimpin tertinggi China hari ini
Sultan Ibrahim hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China, iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.
Agong berangkat tiba di China untuk Lawatan Negara
Lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke republik itu selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan, adalah atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke China sempena Lawatan Negara
Sultan Ibrahim berangkat ke China pagi ini untuk Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden Xi Jinping.
China menantikan Lawatan Negara pertama Agong selepas 10 tahun - Duta
Selepas 10 tahun, Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke China detik yang dinantikan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China dari 19 hingga 22 September ini atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.