KUALA NERANG:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja Melayu akan membuat keputusan terbaik berhubung situasi semasa negara demi kepentingan seluruh rakyat.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu semua pihak dinasihatkan supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah serta Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja untuk berunding dan mengendalikan isu yang timbul.
"Sebagai pemimpin politik dan rakyat, saya sedar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan berkemampuan membuat satu keputusan yang akhirnya boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Rumah 'Baiti Jannati' TNB di Kampung Semeliang dekat sini, pada Sabtu.
Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu menyebut Al-Sultan Abdullah akan berunding dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada Jumaat.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.
Sementara itu, Mahdzir yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata TNB sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan dengan pelanggan komersial yang berhadapan dengan masalah untuk menyelesaikan tunggakan bil premis mereka.
Beliau berkata pertimbangan boleh diberikan kepada pengguna, terutamanya bagi perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Ada yang datang ke TNB untuk membuat bayaran secara ansuran, kita benarkan sebab kita sedar dalam kalangan mereka juga menghadapi masalah perniagaan, jadi kita ambil tanggungjawab untuk membantu," katanya.
Terdahulu, Mahdzir menyerahkan kunci rumah baharu bernilai RM50,000 kepada keluarga Hassan Ismail yang merupakan golongan kurang kemampuan menerusi inisiatif di bawah program khidmat masyarakat TNB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020

MAHDZIR: Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kebijaksanaan dan berkemampuan membuat satu keputusan yang akhirnya boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. - Gambar fail

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
AWANI Borneo [9/3/2025] – Jumlah Mangsa Meningkat | Perdagangan Karbon | Pitas Mula Berubah Wajah
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Banjir di Sabah dan utara Sarawak semakin memburuk
- Aktiviti perdagangan karbon di Sarawak tidak tertakluk kepada RUU CCUS 2025
- Kestabilan politik bantu daerah Pitas membangun lebih pantas.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia
Ini kerana sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan memerlukan kebenaran Majlis Raja-raja Melayu.

Keputusan '16 Jun' dan nasib pilihan raya
Pada petang 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Agong, Raja-Raja Melayu akan buat keputusan terbaik untuk rakyat - Mahdzir
Semua pihak dinasihatkan supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah serta Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

PBB sahkan Malaysia tarik diri daripada Statut Rom
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi kenyataan terbaru, mengesahkan penarikan diri kerajaan Malaysia daripada Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019.

Dobi Muslim: Tindak-tanduk rakyat, pemimpin perlu seiring saranan Majlis Raja-Raja
Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai tindak-tanduk individu yang dibimbangi menjejaskan keharmonian kaum dilihat bertepatan dengan realiti ancaman yang dihadapi masa kini.

Kenyataan Majlis Raja-Raja ibarat cahaya - Azmin
Pendirian Majlis Raja-Raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh - memimpin rakyat mendepani cabaran semasa.

Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-245 di Istana Negara.

Shahidan sangkal dakwaan Tun Mahathir dan Anwar Akta MKN ancam demokrasi
Shahidan berkata akta ini dilaksanakan melalui saluran dan cara yang mengikut prosedur betul, ia telah dibincangkan sewajarnya dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tun Mahathir-Anwar keluarkan kenyataan bersama tolak Akta MKN
Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani secara bersama oleh kedua-dua pemimpin itu antara lain berkata akta tersebut mengancam sistem demokrasi dalam negara.

Perkasa cadang tubuh Majlis Ukhuwah Islamiah Negara
Cadangan penubuhan MUIN akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam atau kepada Majlis Raja-Raja Melayu, kira-kira tiga minggu selepas Hari Raya Aidilfitri.