Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser di Bukit Fraser di sini pada Sabtu.
Baginda sebelum itu tiba di majlis berkenaan pada 8.50 malam dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Majlis ulang tahun seumpama itu julung kali diadakan sejak pembukaan Bukit Fraser iaitu daripada sebuah kawasan perlombongan kepada sebuah pusat peranginan tanah tinggi oleh seorang pengembara yang juga ahli perniagaan Scotlands, Louis James Fraser pada 1919.
Sempena majlis perasmian itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan Beg Paip St John's Johannians Pipes and Drums serta pentomin yang menceritakan kembali tentang sejarah pembukaan Bukit Fraser 100 tahun lalu dengan turut menampilkan pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata Bukit Fraser yang berkeluasan 6,930 hektar dengan puncak tertingginya 1,420 meter dari paras laut, hanya 30 peratus sahaja daripada kawasannya dibangunkan.
Katanya ia kaya dengan pelbagai keindahan alam flora dan fauna dan lebih 260 spesies burung menyebabkan kawasan itu sering menjadi tumpuan pencinta alam dan lokasi mengejar burung.
"Selain Bukit Fraser, Pahang mempunyai banyak kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands yang amat sensitif dengan alam sekelilingnya dan kerana itu, kawasan ini terus dijagai.
"Oleh itu pentadbiran kerajaan negeri sentiasa menjaga agar alam sekitar terus terpelihara," katanya.
Katanya sehingga kini Bukit Fraser terus menjadi tumpuan kalangan pelancong termasuk dari luar negara yang inginkan udara yang segar dan mengikut statistik kedatangan pelancong ke kawasan peranginan itu dalam tempoh lima tahun sejak 2014, menunjukkan peningkatan dengan kedatangan pelancong pada tahun lepas seramai 103,649 orang.
Sementara itu, katanya sempena Sambutan Perayaan 100 Tahun Bukit Fraser pelbagai acara dilakukan termasuk acara 100 pendaki ke Pine Hills, Bukit Fraser esok, yang akan melibatkan peserta dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan, pengamal media dan badan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu turut diadakan Fraser Hills International Bird Race 2019 yang akan berlangsung selama dua hari pada 22 dan 23 Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di majlis berkenaan pada 8.50 malam dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto Bernama
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
COVID-19: Kerajaan Pahang hilang RM20 bilion ekoran sektor pelancongan ditutup
Dari Januari hingga Mac tahun ini, Pahang kehilangan 79 peratus kehadiran daripada 3 juta pelancong berbanding tahun lepas.
Cameron Highlands, Bukit Fraser antara kawasan pelancongan dipantau Polis Pahang
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan di kawasan pelancongan negeri ini susulan aktiviti sektor berkenaan sudah dirancakkan semula.
60 runtuhan dikesan halang laluan di Bukit Fraser
Sebanyak 139 runtuhan dikesan di sepanjang laluan naik dan turun Bukit Fraser dengan 60 daripadanya dilaporkan telah menghalang laluan.
Perigi Tujuh Serendah akan diangkat sebagai tapak warisan kebangsaan - Nancy Shukri
Ia antara 11 butiran di daerah Hulu Selangor/Negeri Selangor yang berada dalam senarai inventori jabatan itu di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi tujuan penyelidikan sebelum diwartakan.
Ada 'ride' ke bro?
Senang saja nak mengetahui sama ada lokasi itu jadi tumpuan 'rider' atau tidak.
Agong rasmi sambutan 100 tahun Bukit Fraser
Majlis ulang tahun seumpama itu julung kali diadakan sejak pembukaan Bukit Fraser.
Bomba bawa turun pendaki kesejukan di Bukit Fraser
"Kebanyakan anggota kumpulan itu tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya merancang untuk mendaki Bukit Fraser."
Usaha sifar sisa buangan di Bukit Fraser
Majlis Daerah Raub membelanjakan sebanyak RM28,000.00 sebulan untuk mengangkut sisa pepejal di Bukit Fraser ke tapak pelupusan sampah.
LTdL: Reguigui tawan Bukit Fraser
Pelumba Algeria, Youcef Reguigui mencipta kemenangan sensasi apabila menjuarai peringkat ketujuh jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.