Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas sehari ke Brunei, mencerminkan hubungan erat antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei.
- Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi, dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim.
- Hubungan mesra antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei telah terjalin lebih 40 tahun.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini pagi tadi.
"Terdahulu, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim," menurut hantaran itu.
Semalam, dilaporkan lawatan khas Seri Paduka Baginda berkenaan mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dengan Brunei, yang telah terjalin lebih 40 tahun lepas.
-- BERNAMA
