Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan kali ke-30, yang disifatkan Istana Negara sebagai 'amat bermakna'.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata mesyuarat di Istana Melawati di sini bermula pada 8 pagi dan berlangsung selama 45 minit.
"Mesyuarat Pra-Kabinet pada hari ini amat bermakna kerana ia merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet kali ke-30 Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri sejak Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari tahun ini.
"Ini menunjukkan bahawa Al-Sultan Abdullah bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara malah yang juga penting, Seri Paduka Baginda mengambil perhatian serius dalam hal ehwal kebajikan rakyat jelata," katanya.
"Al-Sultan Abdullah juga amat terperinci, di mana Seri Paduka Baginda sentiasa meluangkan masa untuk meneliti Memorandum, Nota Jemaah Menteri dan laporan-laporan, sehari sebelum setiap Mesyuarat Pra-Kabinet diadakan," katanya
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah amat peka semasa mesyuarat berlangsung dan Seri Paduka menggunakan buku nota kecil untuk mencatat butiran perbincangan bersama perdana menteri.
Katanya Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri.
Mesyuarat-mesyuarat Pra-Kabinet, yang berlangsung selama 30 hingga 40 minit, pada kebiasaannya berlangsung pada Rabu atau Jumaat (sekiranya persidangan Dewan Rakyat berlangsung). Mesyuarat tetap dijalankan jika perdana menteri tidak dapat menghadirinya dan beliau diwakili oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mesyuarat Pra-Kabinet, bagaimanapun, tidak berlangsung jika hari tersebut jatuh pada cuti umum atau jika pada hari tersebut berlangsung majlis atau acara rasmi negara seperti Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi pada Mac lepas.
"Keprihatinan dan keperibadian tinggi Al-Sultan Abdullah turut terserlah apabila Seri Paduka Baginda menitahkan agar Mesyuarat Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri diadakan di Istana Melawati dan bukan di Istana Negara seperti kebiasaan yang diamalkan terdahulu.
"Ini untuk memudahkan pergerakan perdana menteri supaya beliau tidak perlu datang ke Istana Negara dari pejabat beliau di Putrajaya," katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka berangkat dari Istana Negara pada 7.15 pagi dan tiba di Istana Melawati pada 7.50 pagi untuk persediaan bagi Mesyuarat Pra-Kabinet yang bermula pada 8 pagi.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Seri Paduka turut menasihati rakyat jelata supaya bersabar dan memberi kepercayaan kepada perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet dalam usaha menyejahterakan negara dan juga rakyat jelata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Dr Mahathir bagi Mesyuarat Pra-Kabinet Mingguan Kali Ke-30, yang bermula pada 8 pagi dan berlangsung selama 45 minit di Istana Melawati hari ini. --fotoBERNAMA
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PM selesai menziarahi Agong di IJN
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu dilihat keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 6.03 petang.
PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen - Agong
Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.
Tandatangan Agong tidak perlu untuk batal Ordinan Darurat - Sri Ram
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram berkata tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak diperlukan sekiranya kerajaan memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat.
Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga Ogos 1, 2021.
Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk lawatan khas lima hari
Lawatan khas berkenaan adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Agong zahir penghargaan semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021
Al-Sultan Abdullah dalam satu kenyataan mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.
Agong berkenan adakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu
Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.
Agong titah rakyat jangan sambil lewa, alpa pematuhan SOP bendung COVID-19
Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.
Agong titah rakyat doa kesejahteraan untuk Palestin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Israel.
Agong berkenan terima menghadap Muhyiddin untuk mesyuarat Pra-Kabinet
Sesi berkenaan yang berlangsung selama satu jam 15 minit dari pukul 8.30 pagi, kembali diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa hari ini.