"Biar kita jadi seperti resmi padi, makin berisi makin menunduk dan jangan lupa diri," itu antara pesanan yang tersemat kukuh dalam jiwa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kini menggalas tanggungjawab untuk menjaga negeri ketiga terbesar di Malaysia itu.
Pesanan itu dititipkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah semasa 'menyerahkan' pentadbiran kerajaan negeri itu untuk dijaga oleh Tengku Hassanal sebaik baginda dimasyhurkan ke jawatan itu, Januari lalu.
Berkongsi cerita, Tengku Hassanal bertitah ayahanda dan bonda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menitikberatkan pendidikan agama selain sentiasa menerapkan sifat rendah diri dalam kalangan putera dan puteri baginda sejak dari kecil lagi.
"Ayahanda dan bonda sering mengingatkan supaya selalu bersopan-santun dengan rakyat, tidak kisah dari mana sekalipun orang berkenaan dan tidak boleh sombong.
"Kita perlu (berkelakuan begitu) kerana kita semua adalah makhluk ciptaan Allah," titah baginda pada sesi wawancara khas bersama Bernama dan Kosmo sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa.
Sesi wawancara berkenaan turut disertai oleh Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Walaupun merupakan putera raja sulung dan cahaya mata yang ditunggu-tunggu sebelum ini oleh Sultan Abdullah serta Tunku Azizah setelah lebih 10 tahun mendirikan rumahtangga, Tengku Hassanal mengakui baginda telah diajar berdikari dan mendekati rakyat sejak kecil termasuk kepada adik beradik baginda yang lain.
"Sejak dari saya umur 10 tahun saya telah dihantar ke luar negara untuk sekolah (Caldiccot Preparation School, United Kingdom), saya hanya bersama ayahanda dan bonda bila musim cuti. Apabila saya dan adik saya balik Malaysia, kami selalu mengiringi Tuanku ke majlis rasmi dan menziarah ke kampung-kampung.
"Tuanku ayahanda menghantar semua adik beradik saya ke England, bukan untuk nak tunjuk kita ada kelebihan daripada orang lain yang di dalam negara ini, tetapi nak kita merendahkan diri.
"Ayahanda tak nak kita besar kepala tetapi mahu kita jadi rendah diri. (Pengalaman) Di United Kingdom telah mengajar kita untuk jadi berdikari dan bagaimana untuk menjadi orang biasa," titah baginda.
Mengimbau kenangan paling tidak dapat dilupakan ketika itu, titah Tengku Hassanal ialah apabila Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menangis kerana sedih ingin melepaskan dirinya seorang diri di perantauan dalam usia yang masih muda.
"Sebelum nak tinggalkan saya, ayahanda dan bonda dah menangis, saya tak suka tengok mereka menangis saya kata babah jangan la menangis, lepas tu lagi teruk mereka nangis," katanya yang meminati sukan polo dan lebih selesa untuk tidak terlalu mengikut protokol semasa berjumpa rakyat, sama seperti Sultan Abdullah.
Disebabkan tidak mahu orang mengetahui tentang kedudukannya sebagai anak raja, Tengku Hasssanal bertitah baginda menggunakan panggilan nama Shah sahaja, namun semasa mengikuti latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, statusnya telah diketahui umum apabila ramai yang membuat carian di internet.
Bagaimanapun, titah baginda, latihan yang diterima tetap sama dan ia membantu baginda membentuk keperibadian menerusi latihan ketenteraan yang lasak serta berdisiplin tinggi.
Apabila ditanya siapakah yang lebih garang antara ayahanda dan bondanya, sambil tergelak kecil Tengku Hassanal bertitah Tunku Azizah yang dipanggil dengan panggilan 'mama' lebih garang dan amat menitikberatkan soal penampilan.
"Biasanya bonda seorang pembawa mesej, ayahanda jika nak nasihat sesuatu biasanya melalui bonda, ayahanda tak suka garang tapi suka manjakan anak-anaknya. Bonda yang garang dengan kita.
"Macam sapu tangan ini (sambil menunjukkan sapu tangan di poket kot persalinan baginda), bonda saya selalu marah saya kenapa tak bawa sapu tangan dan dia selalu ingatkan saya bahawa bila keluar perlu bawa sapu tangan," titah baginda.
Menyedari tugas yang menantinya di Pahang selepas istiadat pertabalan ayahanda esok bertambah berat, baginda yakin mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan baik hasil asuhan ayahanda dan bonda serta Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Musta'in Billah yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran 'tok bok'.
"Saya selalu mengiring apabila baginda pergi rumah terbakar, banyak hubungan dengan orang dan rutin ini jadi hobi untuk berkhidmat kepada rakyat.
"...Ia satu legasi (raja dan rakyat berpisah tiada) yang akan saya teruskan dan saya percaya bukan saya seorang sahaja tetapi anak saya dan cucu saya akan teruskan legasi ini sampai bila-bila," titah baginda.
-- BERNAMA
WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Bernama
Mon Jul 29 2019
TENGKU HASSANAL: Ayahanda tak nak kita besar kepala tetapi mahu kita jadi rendah diri. (Pengalaman) Di United Kingdom telah mengajar kita untuk jadi berdikari dan bagaimana untuk menjadi orang biasa. --fotoBERNAMA
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AgongKita: Ucapan tahniah, daulat tuanku banjiri media sosial
Ucapan tahniah dan 'Daulat Tuanku' membanjiri media sosial sempena pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.
#AgongKita: Rakyat Johor berbilang bangsa teruja saksi pertabalan Sultan Ibrahim
Rakyat Johor berbilang bangsa dan agama di bandar raya ini teruja menyaksikan detik bersejarah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
#AgongKita: Biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Berikut ialah biodata rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.
Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, hari ini bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, esok.
#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara
Harapan rakyat kepimpinan Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia lebih harmoni.