KUALA LUMPUR: Tidak hanya rakyat di negara ini, pelancong asing turut kagum menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.
Tinjauan Bernama di Pintu Utama Istana Negara hari ini mendapati ada antara mereka yang membuat persediaan awal dan merancang mengunjungi Malaysia semata-mata untuk menyaksikan istiadat yang berlangsung lima tahun sekali itu.
Pelancong dari China Mary Shi, 30, berkata dia mengetahui tentang istiadat pertabalan itu daripada pemandu pelancongnya.
"Saya dan rakan-rakan diberitahu bahawa terdapat beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup bagi kelancaran istiadat ini, namun kami bernasib baik dapat menyaksikan istiadat ini," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan ketibaan kenderaan yang membawa masuk tetamu kenamaan di Pintu Utama Istana Negara bermula 8.40 pagi tadi.
Rakannya Eagle Xu, 29, berkata menyaksikan istiadat itu membuatkan dia lebih menjiwai keakraban dua negara lebih-lebih lagi tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
"Saya pertama kali berada di sini (pekarangan Istana Negara), sangat elegan... saya harap satu hari nanti anda juga dapat kunjungi Beijing dan melawat Muzium Istana," katanya.
Pelancong India Ratmachandra Patgar, 63, pula terpaku melihat keberangkatan tiba tetamu kehormat termasuk Raja-Raja Melayu.
"Kami mendoakan Seri Paduka Baginda bersemayam dengan penuh kedaulatan. Kami sangat teruja melihat istiadat ini," katanya yang ditemani isteri.
Istiadat pertabalan dihadiri 700 tetamu antaranya Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komuniti diplomatik asing serta pemimpin-pemimpin utama negara itu turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen negara termasuk Bernama TV.
Sultan Ibrahim yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.
Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang tamat tempoh pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Anggota Tentera Darat dari Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 21 das sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. -Bernama

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.