Persekutuan Hoki Asia (AHF) pada Selasa memutuskan untuk menunda kejohanan Hoki Piala Remaja Wanita Asia 2020 yang dijadualkan dari 6 hingga 12 April di Kakamigahara, Jepun berikutan penularan COVID-19 di negara itu.
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.
"Kemungkinan tarikh baharu adalah selepas Sukan Olimpik dan sebelum 31 Dis 2020 kerana Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menetapkan semua pengesahan kelayakan ke Piala Remaja Dunia 2021 pada hujung tahun 2020," katanya.
Berdasarkan undian asal, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama India, Jepun dan Uzbekistan.
Juara empat kali, Korea Selatan akan mengetuai cabaran Kumpulan B bersama Thailand dan Singapura. Juara bertahan China juga diundi dalam kumpulan yang sama telah menarik diri daripada kejohanan itu berikutan wabak COVID-19.
Kejohanan itu merupakan kelayakan untuk Piala Dunia Remaja Wanita 2021 yang akan berlangsung di Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020

Berdasarkan undian asal, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama India, Jepun dan Uzbekistan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Nur Ameer akan wakili negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin
Seorang remaja yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran, Nur Ameer Muqsiq, 19, akan mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

COVID-19: AHF tangguh dua kejohanan utama Asia
Badan sukan hoki Asia itu memutuskan untuk menangguhkan kedua-dua kejohanan terbabit sehingga separuh kedua tahun ini demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.

Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.

AHF ucap takziah atas pemergian Juriah Abdul Wahab
Badan pentadbir Asia itu kehilangan tokoh utama hoki yang telah melakukan sumbangan besar terhadap perkembangan sukan tersebut di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.