KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan beberapa pimpinan negeri dilihat sudah mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam.
Antara yang dilihat hadir ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Terengganu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
Setakat ini, media masih tidak dimaklumkan intipati mesyuarat namun berdasarkan cakap-cakap, ia mungkin berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Isu konflik Palestin juga mungkin disentuh dalam mesyuarat kali ini yang difahamkan bermula pada jam 9.00 malam.
Media kini hanya menunggu di lobi Menara Dato' Onn, bersedia sekiranya ada sidang media daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ridauddin Daud
Fri Oct 20 2023

Beberapa Ahli MKT UMNO dan beberapa pimpinan negeri dilihat sudah mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT UMNO.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Penggantian Setiausaha Agung BN akan disahkan dalam Dewan Tertinggi BN - Shahril
Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan disahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

Sabah Memilih: UMNO Sabah bermesyuarat, misi utama gerakkan parti
Bung Moktar berkata, apa yang paling penting selaku Ketua UMNO di Sabah, beliau bertanggungjawab menggerakkan parti itu dan memandang ke hadapan.

'Zam, buat keputusan tak semestinya waktu mesyuarat tergempar' - Tajuddin
Sebarang keputusan mengenai kepimpinan tertinggi UMNO serta isu berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB sudah diselesaikan semasa perjumpaan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 11 Mei lepas.